Sunday, November 3, 2024
22.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Program Brunei Bersama Palestin beri kesedaran kepada orang awam

    Oleh Salawati Haji Yahya – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 5 NOV – Orang ramai tidak melepaskan peluang menghadiri Program Brunei Bersama Palestin yang diadakan di Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas hari ini sebagai sokongan untuk pembebasan rakyat Palestin daripada kemelut yang dihadapi pada masa ini.

    Program berkenaan telah dilancarkan oleh Pemangku Pengarah Hal Ehwal Masjid, Haji Amir Hisham bin Haji Masri selaku tetamu kehormat majlis.

    Dianjurkan oleh Kumpulan Belia Masjid Senegara dan Jabatan Hal Ehwal Masjid dengan sokongan Jabatan Pembangunan Masyarakat, program itu antara lain bertujuan untuk memberikan kesedaran kepada orang awam di samping mengutip dana daripada orang ramai untuk disalurkan sebagai bantuan kepada masyarakat Palestin.

    Program berkenaan telah diisi dengan pelbagai aktiviti antaranya ceramah kesedaran Palestin yang disampaikan oleh Awang Yussof Majid, Hitea Talk bersama Dayang Hanisah binti Osman dan pelajar PhD dari Palestin yang dikenali iaitu Jehad.

    Selain itu, tabung derma untuk orang ramai turut disediakan semasa forum berkenaan yang turut menampilkan infuencer, deklamasi puisi, persembahan nasyid, sketsa lakonan belia daie dan Putra Seni, serta banyak lagi.

    Situasi yang berlaku pada ketika ini susulan daripada penindasan dan kezaliman yang dilakukan terhadap rakyat Palestin menimbulkan rasa simpati kepada penduduk dunia, termasuklah di Negara Brunei Darussalam.

    Haji Amir Hisham semasa melancarkan program berkenaan. – GAMBAR OLEH ADIB NOOR
    Antara peserta yang hadir semasa program berkenaan. – GAMBAR OLEH ADIB NOOR

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda