Program dedah konsep kepimpinan Islam

BANDAR SERI BEGAWAN, 19 OGOS – Bagi mendedahkan mengenai konsep kepimpinan Islam, Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) melalui Pusat Kepimpinan dan Pembelajaran Sepanjang Hayat telah mengadakan Upskilling & Reskilling Programme: Islamic Leadership & Crisis Management di bilik latihan, universiti berkenaan.

Program yang diadakan selama dua hari, pada 13 dan 15 Ogos lalu, itu dihadiri seramai 22 peserta yang terdiri daripada pegawai dan kakitangan kementerian, pelajar dan individu persendirian.

Selain bagi mendedahkan peserta kepada pengurusan krisis menurut perspektif Islam, program yang dikendalikan oleh Ketua Program Lepasan Ijazah, Fakulti Pengurusan Pembangunan Islam, Dr Ahamad Faosiy Ogunbado itu juga merangkumi pengenalan kepada konsep kepimpinan Rasulullah serta contoh-contoh bagaimana Baginda menangani masalah-masalah yang berlaku pada zaman pemerintahannya.

Gambar ramai bersama para peserta program yang berlangsung di UNISSA. – Gambar serahan UNISSA