Program dedahkan lagu kanak-kanak tradisi

Oleh Yusrin Junaidi

BANDAR SERI BEGAWAN, 22 DIS – Sebagai usaha pemberigaan penerbitan buku Koleksi Irama dan Lagu Kanak-kanak, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) telah mengadakan Program Kenali Irama dan Lagu Kanak-kanak Tradisi Brunei secara dalam talian, hari ini.

Hadir mengendalikan program berkenaan ialah Dayang Siti Darwina binti Kubu @ Arman dan Dayang Nur Hafizah binti Haji Jaafar dari DBP.

Program bersempena Festival Disember Brunei itu bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada generasi muda tentang lagu kanak-kanak tradisi dan glosari Melayu Brunei dan mendukung elemen kebudayaan dan warisan bangsa Melayu melalui lagu kanak-kanak tradisi.

Antara pengisian program tersebut termasuk sedutan lagu, huraian lagu dan kuiz yang disasarkan kepada para peserta yang terdiri daripada masyarakat awam, khususnya para pelayar Facebook.

engan adanya program seperti itu, ia diharapkan akan dapat meningkatkan pengetahuan, pemahaman dan minat masyarakat khususnya generasi baharu terhadap lagu dan konsep lagu kanak-kanak tradisi Brunei.

Antara yang menghadiri program berkenaan yang diadakan secara maya. – Gambar serahan DBP