Program fahami Ta’awudz, Basmalah

Oleh Sim Y. H.

BANDAR SERI BEGAWAN, 26 NOV – Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) melalui Pusat Kepimpinan dan Pembelajaran Sepanjang Hayat akan menawarkan Program Khidmat Akademik iaitu Perkongsian Memahami Ta’awudz dan Basmalah secara percuma kepada orang ramai.

Program selama 1 jam 30 minit itu yang mengetengahkan Pensyarah, Fakulti Usuluddin, Dr Haji Ahmad Baha bin Haji Mokhtar, akan diadakan pada 28 November bermula pukul 8:30 pagi hingga 10 pagi melalui platform secara dalam talian.

Menurut kenyataan UNISSA, program itu dihasratkan untuk memberi peluang masyarakat awam memperoleh ilmu pengetahuan asas terhadap bidang ilmu yang disampaikan. Justeru, program itu diharap akan dapat menjadikan UNISSA dikenali sebagai sebuah universiti Islam yang menawarkan pelbagai program yang boleh disertai oleh masyarakat awam.

Orang ramai yang ingin mengikuti program khidmat akademik itu, boleh melayari pautan https://zoom.us/j/96385008156 (kod laluan:UNISSA).

Sebarang pertanyaan, bolehlah hubungi UNISSA di talian 2462000 sambungan 204 dan 202, layari laman UNISSA, atau menghantar e-mel ke [email protected]