Friday, December 1, 2023
24.9 C
Brunei

    -

    Program HAPPY dijalankan di IBTE Kampus Agro-Teknologi

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 12 OGOS – Majlis AIDS Brunei Darussalam (BDAIDS) meneruskan lagi usaha untuk memberikan pendedahan serta penerangan kepada golongan belia dan pelajar mengenai HIV menerusi Program Kesedaran HIV bagi Belia dan Rakan Sebaya (HAPPY) di Institut Pendidikan Teknikal Brunei (IBTE) Kampus Agro-Teknologi, kelmarin.

    Kira-kira 60 orang pelajar baharu IBTE Kampus Mekanikal mengambil bahagian dalam program anjuran Majlis BDAIDS sebagai sebahagian daripada program orientasi mereka.

    Program itu merupakan sebuah projek yang diterajui oleh belia yang dikendalikan oleh Majlis BDAIDS untuk menyebarkan kesedaran mengenai HIV termasuk ilmu pengetahuan mengenai kehamilan remaja serta jangkitan penyakit seksual (STI) di kalangan remaja dan belia.

    Hadir menyampaikan ceramah ialah Penyelaras Projek HAPPY, Dayang Siti Kailene binti Mohd Jazlan Kashfi yang mengongsi statistik tempatan terkini STI dan kehamilan remaja dengan mengetengahkan usia serta jantina yang mendominasi statistik itu.

    Beliau turut menyatakan bahawa angka itu boleh dikurangkan dengan mengamalkan sikap berpantang sebagai sebahagian daripada kaedah untuk mencegah golongan belia daripada terlibat dalam sebagai tabiat berisiko yang boleh membawa kepada jangkitan STI, hamil di luar nikah atau perkahwinan muda.

    Dayang Siti Kailene mengongsi statistik dan ilmu pengetahuan mengenai HIV serta STI kepada para pelajar baharu IBTE Kampus Mekanikal. – Majlis BDAIDS
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Reaktor gabungan nuklear eksperimen Jepun dirasmikan

    TOKYO, 1 DIS - Reaktor gabungan nuklear eksperimen terbesar di dunia yang sedang beroperasi dirasmikan di Jepun hari ini, sebuah teknologi pada peringkat awal...