Thursday, October 5, 2023
23.8 C
Brunei

    -

    Program ‘Hydrogen & Tech Safari 3.0’ 20 Mei

    KUCHING, 5 MEI – Kementerian Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat (MEITD) Sarawak menganjurkan program ‘Hydrogen and Tech Safari 3.0’ bagi mempromosikan pembangunan terkini bidang ekonomi digital dan tenaga hijau hidrogen pada 20 Mei ini.

    Menterinya, Datuk Roland Sagah Wee Inn berkata program berkenaan meliputi sembilan lokasi dan menyasarkan lebih 500 peserta di setiap lokasi.

    “Sembilan lokasi terbabit ialah Serian, Betong, Mukah, Bintulu, Miri, Lawas, Kapit, Samarahan dan Kuching menjadi destinasi akhir,” katanya pada sidanga media di sini hari ini. Menurut beliau, MEITD akan menganjurkan acara itu dengan kerjasama Pusat Kecemerlangan Teknologi Sarawak (CENTEXS), Lembaga Multimedia Sarawak (SMA) dan Perbadanan Ekonomi Digital Sarawak (SDEC). – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Kanada tegaskan perlu ‘kehadiran diplomatik kuat’ di India

    NEW DELHI, 4 OKT - Kanada kelmarin menegaskan keperluan untuk mempunyai kehadiran diplomatik yang kukuh di India selepas muncul laporan bahawa kerajaan India mahu...