Saturday, April 20, 2024
30.2 C
Brunei

    -

    Program Keagamaan Senegara perkasa syiar Islam

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 21 JULAI – Program Keagamaan Senegara bagi sekolah-sekolah Arab dan agama telah diteruskan lagi bagi bulan Julai, hari ini, yang turut diisikan dengan tazkirah dan bacaan Surah Yasin sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ke-76.

    Tazkirah bertajuk ‘Kepimpinan Adil dan Bijaksana Suluh Negara’ menekankan mengenai pemerintahan Kebawah Duli Yang Maha Mulia yang mengekalkan pemerintahan Islam sebagai dasar kerajaan.

    Pelbagai transformasi telah berjaya dilakar satu persatu ke arah menjunjung dan memperkasakan syiar Islam agar terus berkibar dan hidup di bumi Brunei Darussalam.

    Kedudukan agama Islam di bawah pemerintahan Baginda jelas semakin tegak berdiri dan berkembang, pelbagai kemudahan telah dikurniakan dan disalurkan untuk dinikmati oleh rakyat dan penduduk Baginda bertujuan memberikan keselesaan dalam memenuhi kehendak beragama. Sementara itu, pemerkasaan syiar Islam dipusatkan kepada penerapan nilai-nilai Islam melalui sistem pentadbiran negara seperti penerapan nilai-nilai Islam bagi memantapkan akidah, penyebaran agama Islam, menegakkan keadilan dan mempertahankan Brunei sebagai negara Melayu Islam Beraja.

    Program diadakan secara serentak di seluruh negara dan dijalankan secara bersemuka mengikut prosedur operasi standard yang ditetapkan. Ia dibahagikan kepada dua sesi iaitu bagi sesi persekolahan sebelah pagi bermula pada pukul 8 pagi di semua sekolah agama dan Arab di seluruh negara manakala bagi sekolah agama sesi petang, bermula 2 petang.

    Antara yang hadir pada Program Keagamaan Senegara bagi sekolah-sekolah Arab dan agama baru-baru ini.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...