Friday, April 19, 2024
24.7 C
Brunei

    -

    Program keagamaan terus disemarak

    Oleh Sim Y.H & Ak Zaki Kasharan
    Gambar serahan Kementerian Pertahanan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 21 APRIL – Kementerian Pertahanan meneruskan Program Tahunan Ihya dan Jangkauan Ramadan Kementerian Pertahanan di dua daerah, Tutong dan Belait.

    Kedua-dua program di daerah tersebut dihadiri oleh Menteri Pertahanan Kedua, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof; Pemerintah ABDB, Mejar Jeneral Dato Seri Pahlawan Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, kepimpinan, pegawai serta anggota Kementerian Pertahanan dan ABDB.

    Di Daerah Tutong, program diadakan di Masjid Ar-Rahim, Kampung Bukit Panggal Tutong kelmarin dianjurkan oleh Jabatanarah Agama ABDB (JAMA’AT), itu bertujuan mengeratkan lagi ikatan silaturahim dengan penduduk kampung dan masyarakat setempat, di samping meraih manfaat dan pahala yang berlipat ganda pada bulan suci Ramadan.

    Majlis dimulakan dengan menunaikan sembahyang Fardu Asar berjemaah seterusnya Tadarus Al-Quran dan diakhiri dengan penyampaian infak termasuk Mushaf Al-Quran Jubli Intan ABDB kepada jawatankuasa takmir masjid.

    Rombongan Kementerian Pertahanan meneruskan bacaan Surah Yasin dan Tahlil serta berbuka puasa seterusnya Sembahyang Fardu Maghrib berjemaah di Surau Al-Hikmah, Penanjong Garison bersama mantan-mantan komandan dan pegawai pemerintah Institut Latihan ABDB, disudahi dengan jamuan malam bersama para jemputan.

    Antara warga kementerian yang menghadiri acara di Belait.

    Ihya Ramadan diakhiri dengan sembahyang Fardu Isyak, Sunat Tarawih dan Witir secara berjemaah serta tadarus Al-Quran di Surau Asy-Syuja’ah, Rejimen Pasukan Khas (RPK), Penanjong Garison.

    Manakala program sama di Belait turut diadakan di semua surau di Kementerian Kementerian Pertahanan dan perkhemahan ABDB termasuk Masjid Kampung Pulau Baru-Baru, dengan tumpuan utama di Surau Ar-Rahmah, Perkhemahan Lumut.

    Kakitangan awam wanita dan anggota Askar Wanita turut mengadakan majlis serupa di Dewan Pahlawan, Berakas Garison.

    Program juga diserikan dengan ceramah khas oleh pegawai masjid dari Masjid Kampung Sungai Teraban, diikuti iftar dan sembahyang Fardu Maghrib berjemaah.

    Rombongan bergerak ke Masjid Kampung Sungai Liang bagi menunaikan sembahyang Fardu Isyak berjemaah, Sunat Tarawih dan Witir, tadarus Al-Quran diakhiri dengan penyampaian sumbangan derma, Mushaf Al-Quran ABDB dan kenderaan jenazah kepada jawatankuasa takmir masjid.

    Sebelum itu, pada hari yg sama, rombongan turut berkunjung ke Masjid Pekan Seria, diikuti dengan tadarus Al-Quran, Doa Peliharakan Sultan serta penyampaian infak termasuk Mushaf Al-Quran Jubli Intan ABDB.

    Artikel sebelum ini
    Artikel seterusnya
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...