Program kesedaran halal pada 28 Februari

BANDAR SERI BEGAWAN, 12 Feb – Kementerian Hal Ehwal Ugama melalui Bahagian Kawalan Makanan Halal, Jabatan Hal Ehwal Syariah (JHES) akan mengadakan Program Peningkatan Kesedaran Mengenai Halal pada 28 Februari ini.

Program yang diadakan di Pusat Dakwah Islamiah Bandar Seri Begawan itu dibukakan kepada semua lapisan masyarakat termasuk peringkat institusi pengajian tinggi, agensi kerajaan dan syarikat swasta.

Sehubungan dengan itu, orang ramai yang ingin menyertai program ini boleh membuat pendaftaran secara online melalui pautan https://goo.gl/HCfK7M.

Pada program itu nanti, para peserta akan diberikan penerangan mengenai prinsip halal dari sudut hukum dan aspek kebersihan serta keselamatan makanan.

Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh menghubungi Bahagian Kawalan Makanan Halal di talian 2242570; emel bkmh@mora.gov.bn; Facebook Bahagian Kawalan Makanan Halal, JHES, KHEU; Instagram @halal.bn dan laman sesawang www.kheu.gov.bn.