Friday, April 19, 2024
31.4 C
Brunei

    -

    Program Kesedaran Kesihatan Mental diteruskan

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 15 MAC – Dengan matlamat untuk meningkatkan kesedaran orang ramai terutama para penuntut dan guru serta kaunselor sekolah akan pentingnya kesihatan mental, Program Kesedaran Kesihatan Mental telah diadakan bagi penuntut Maktab Sains Paduka Seri Begawan Sultan (Maktab Sains), kelmarin.

    Program yang diadakan di Auditorium Maktab Sains berkenaan disertai oleh kira-kira 200 orang penuntut Pra-Universiti Maktab Sains yang akan menduduki Peperiksaan GCE A Level pada Oktober nanti.

    Ia dikendalikan oleh Unit Strategi Kesihatan Mental, Pusat Promosi Kesihatan (HPC) dengan kerjasama Majlis Belia Brunei (MBB).

    Program yang dinamakan Kesedaran Kesihatan Mental dari Perspektif Keagamaan itu merupakan sebahagian daripada aktiviti di bawah Memorandum Rakan Kongsi: Rakan-rakan HPC antara HPC dan MBB.

    Hadir bagi sama-sama menjayakan program berkenaan ialah Pengetua Maktab Sains, Ketua Strategi Kesihatan Mental HPC, yang di-pertua dan naib yang di-pertua MBB, guru-guru kanan, guru-guru, kaunselor sekolah serta ahli-ahli MBB.

    Pada program berkenaan, taklimat telah disampaikan oleh ahli komiti MBB dan Daie Bertauliah dari Majlis Ugama Islam Brunei (MUIB), Awang Muhammad Khairul Muaz bin Haji Sibodaud.

    Program itu juga bermatlamat untuk memastikan ketumbesaran dan fizikal selain perkembangan emosi para penuntut adalah dalam keadaan optimum serta mendidik anak-anak muda untuk mengesan lebih awal tanda-tanda masalah kesihatan mental.

    Ia juga menggalakkan mereka untuk mendapatkan bantuan apabila diperlukan.

    Ia turut bermatlamat untuk meneroka persimpangan kesihatan mental dan agama serta menggalakkan perspektif holistik mengenai isu kesihatan mental dan sebagai platform untuk peserta melengkapkan diri dengan alat serta sumber yang mereka perlukan bagi menjaga dan mengekalkan kesihatan mental dan kesejahteraan diri mereka, di samping menggalakkan mereka untuk saling memberi sokongan yang baik sesama sendiri dalam lingkungan komuniti mereka.

    Para peserta program bergambar ramai di Maktab Sains, baru-baru ini. – Gambar serahan HPC

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...