Program ‘Lakastah Datang Awal ke Sekolah’ dilancar

Pada 1 September lalu, Sekolah Menengah Sayyidina Husain telah mengadakan Majlis Pelancaran Program ‘Lakastah Datang Awal ke Sekolah’ yang dirasmikan oleh pengetua sekolah, Dayangku Hajah Nooramaliatifah binti Pengiran Haji Ahmad.

Program berkenaan telah diungkayahkan oleh Ahli jawatankuasa Program Berkat (yang terdiri dari guru-guru sekolah tersebut).

Objektif utama program adalah untuk mengurangkan tabiat para pelajar yang sering datang lewat ke sekolah dan untuk mengenal pasti sebab pelajar datang lewat.

Selain itu, program tersebut juga bertujuan untuk memupuk jati diri para pelajar agar lebih bertanggungjawab, berdisiplin dan menghargai masa.

Walaupun program berkenaan baru sahaja bermula lapan hari yang lepas, pihak Hal Ehwal Pelajar (HEP) sekolah telah mendapati jumlah peratus pelajar yang datang lewat berkurangan secara mendadak.

Antara faktor utama program tersebut berjaya dilaksanakan adalah kerjasama dan sokongan padu daripada para ibubapa dan penjaga serta usaha pelajar sendiri, di samping motivasi para guru.

Ahli jawatankuasa progam, selaku wakil pihak HEP dan pengetua sekolah merakamkan penghargaan atas sokongan dan kerjasama yang berterusan dalam sama-sama memperbaiki disiplin dan prestasi pembelajaran pelajar.

Guru Sekolah Menengah Sayyidina Husain semasa memantau kedatangan pelajar semasa Program “Lakastah Datang Awal ke Sekolah” yang bertujuan mengurangkan tabiat para pelajar yang sering datang lewat ke sekolah dan untuk mengenal pasti sebab pelajar datang lewat. – Gambar serahan Sekolah Menengah Sayyidina Husain