Wednesday, April 24, 2024
29.7 C
Brunei

    -

    Program Latihan Serantau ke-3 dirasmikan

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 18 MEI – Seramai 27 peserta dari 11 negara SEAMEO telah menghadiri Program Latihan Serantau bagi kali ketiga dengan tajuk ‘Mewujudkan, Mengekalkan dan Mempertingkatkan Perkongsian Institusi’ yang dianjurkan Pusat Serantau SEAMEO VOCTECH, TVET yang telah diadakan secara maya, selama lima hari.

    Negara-negara SEAMEO termasuk Brunei Darussalam, Kemboja, Republik Indonesia, Laos, Malaysia, Myanmar, Republik Filipina, Republik Singapura, Timor Leste dan Vietnam.

    Hadir pada majlis perasmian tersebut ialah Pengarah Pusat SEAMEO VOCTECH, Awang Alias bin Haji Abu Bakar; Timbalan Pengarah Pentadbiran, Pengiran Haji Mohd Sufri bin Pengiran Ali; Timbalan Pengarah Pakar Hal Ehwal Profesional dan Penyelidikan, Dr Paryono; Pengurus Bahagian Latihan dan Profesional merangkap Pakar Pengurusan dan Penyelaras Kursus, Dr Jaya Priah Kasinathan, bersama pegawai pengurusan SEAMEO VOCTECH.

    Awang Alias dalam ucapannya menekankan mengenai peranan strategik yang dimainkan oleh sektor perniagaan dan swasta dalam menyuntik inovasi TVET, khususnya dalam sektor utama yang menjalani pendigitalan dan automasi. Oleh itu, keperluan untuk menjalin perkongsian adalah lebih mendesak pada masa ini.

    Awang Alias, Pengiran Haji Mohd Sufri, Dr Paryono dan Dr Jaya Priah Kasinathan bersama pegawai pengurusan SEAMEO VOCTECH serta wakil dari negara-negara SEAMEO hadir pada majlis perasmian tersebut secara maya.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Korea Utara hantar delegasi ke Iran

    PYONGYANG, 24 APRIL - Delegasi ekonomi Korea Utara peringkat tinggi sedang dalam perjalanan ke Iran, kata media negara Korea Utara pada hari ini, untuk...