Tuesday, April 29, 2025
25.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Program nuklear Korea Utara dalam ‘fasa baru’

    SEOUL, 21 Mac – Kemudahan pengayaan uranium Korea Utara telah membesar dua kali ganda sejak beberapa tahun, tegas ketua pemerhati atom PBB, apabila ketegangan global meningkat ke atas perkembangan program senjata nuklear Pyongyang.

    Yukiya Amano, ketua Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) memberitahu Wall Street Journal bahawa kapasiti nuklear negara terpinggir itu sedang ditingkatkan.

    “Situasinya sangat buruk… Ia telah bergerak pada satu fasa baru,” ujar Amano, dalam laporan yang diterbitkan kelmarin. “Semua titik petunjuk terhadap fakta Korea Utara sedang membuat kemajuan, seperti yang mereka isytiharkan.”

    Amaran antarabangsa ke atas cita-cita tentera Pyongyang telah meningkat selepas beberapa siri pelancaran peluru berpandu dan ujian-ujian nuklear tahun lepas, dan awal bulan ini mereka melancarkan empat roket dalam apa yang diterangkan sebagai satu ujian bagi satu serangan terhadap pangkalan-pangkalan tentera Amerika Syarikat di Jepun.

    Korea Utara yang julang menguji satu enjin roket baru berkuasa tinggi hujung minggu lepas bertepatan dengan satu perjalanan ke Asia oleh Setiausaha Negara AS, Rex Tillerson, telah lama mendambakan satu peluru berpandu yang mampu dilancarkan ke tanah besar AS dengan peledak nuklear.

    Peluru berpandu Korea Utara yang diuji baru-baru ini. – AFP
    Peluru berpandu Korea Utara yang diuji baru-baru ini. – AFP

    Pyongyang telah saban kali mengembangkan kemudahan-kemudahannya dalam memperkayakan penghasilan uranium dan plutonium dalam kebelakangan tahun, Arnold memberitahu Journal, menyatakan keraguan ke atas potensi bagi satu penyelesaian diplomatik.

    Ketika lawatannya ke Korea Selatan minggu lepas, Tillerson mengisytiharkan Washington akan menjatuhkan pendekatan “gagal” bagi “kesabaran strategik” dengan Pyongyang dan memberi amaran bahawa tindakan ketenteraan AS adalah tidak mustahil.

    Ia menandakan satu penyimpangan ketara berbanding desakan China bagi satu pendekatan diplomatik terhadap jirannya yang telah ia sekian lama lindungi.

    Dalam bulan Januari, Korea Selatan berkata Korea Utara mempunyai plutonium yang mencukupi untuk menghasilkan 10 bom nuklear dan berupaya untuk menghasilkan senjata-senjata berdasarkan uranium.

    Korea Utara telah mempertingkatkan bekalan-bekalan plutonium dengan mengaktifkan semula reaktor nuklearnya di Yongbyon. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda