Saturday, April 20, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Program perbaiki mutu sembahyang

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 12 MAC – Bagi memperkasa para mualaf agar memiliki mutu ibadat sembahyang yang berkualiti, Pusat Dakwah Islamiah (PDI) melalui Bahagian Pembangunan Mualaf (Tarbiyah Mualaf) dengan kerjasama unit-unit dakwah Daerah Belait, Tutong dan Temburong kelmarin telah mengadakan Program Menghalusi Ibadah Sembahyang bagi Mualaf bersempena Sambutan Israk dan Mikraj 1444H yang diadakan secara serentak di seluruh negara.

    Bagi Daerah Brunei dan Muara, program diadakan di Dewan Persidangan, PDI dan dihadiri oleh seramai 43 orang peserta.

    Di Daerah Tutong, program dijalankan di Masjid Kampung Bang Dalam dan disertai oleh seramai 51 orang peserta. Di Daerah Belait, program dikendalikan di dewan serba guna, Pejabat Unit Dakwah Daerah Belait dan disertai oleh seramai 34 orang peserta.

    Manakala di Daerah Temburong, program diadakan di Balai Ibadat Kampung Sibut yang disertai oleh 36 orang peserta. Program tersebut dilaksanakan untuk meningkatkan pengetahuan peserta dengan didasari kekentalan iman, di samping nilai kompetensi yang tinggi untuk mendepani cabaran dalam memajukan kehidupan duniawi dan ukhrawi. Selain itu, program merupakan sebagai petunjuk persiapan dan persediaan para mualaf untuk menyambut ketibaan bulan Ramadan yang akan menjelang.

    Program tersebut juga bertujuan untuk menghalusi dan sebagai ulang kaji bagi mualaf tentang cara melaksanakan semua perbuatan serta bacaan dalam wuduk dan sembahyang dengan betul dan sempurna serta menanamkan sikap tanggungjawab untuk melaksanakan sembahyang fardu yang merupakan ibadah wajib dalam kehidupan seharian.

    Antara praktikal yang diajar sepanjang kursus berlangsung.
    Antara praktikal yang diajar sepanjang kursus berlangsung.
    Program diadakan secara serentak di keempat-empat daerah.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...