Saturday, April 20, 2024
29.4 C
Brunei

    -

    Program perkasa jurulatih bertauliah

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 12 APRIL – Seramai 17 orang kakitangan Pusat Pembangunan Belia, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS) menyertai Program Persijilan Jurulatih yang akan berlangsung selama tujuh hari bermula kelmarin di Pusat Serantau SEAMEO VOCTECH.

    Perasmian program berkenaan telah disempurnakan oleh Pengarah Pusat Serantau SEAMEO VOCTECH, Awang Alias bin Haji Abu Bakar.

    Turut hadir pada majlis perasmian itu ialah timbalan pengarah, pakar TVET dan fasi-litator kursus program latihan, warga pengurusan dan pegawai SEAMEO VOCTECH.

    Dalam ucapan alu-aluannya, Awang Alias menyampaikan setinggi-tinggi penghargaan kepada KKBS atas kepercayaan mereka terhadap pusat berkenaan untuk meningkatkan lagi kemahiran profesional kakitangan mereka.

    “Program pensijilan ini telah direka untuk melengkapkan para peserta dengan pengetahuan dan kemahiran yang akan memastikan mereka mempunyai set kecekapan bagi menghasilkan keputusan terbaik dalam sesi latihan, kursus dan seterusnya,” ujar beliau.

    Semasa program latihan itu, para peserta akan meneroka pelbagai modul yang bertujuan untuk memperkasakan diri mereka sebagai jurulatih dengan membangunkan kebolehan semasa untuk mencapai standard yang lebih tinggi.

    Modul tersebut termasuk Latihan Berasaskan Kompetensi, dan Penyediaan dan Penyampaian Latihan Output melalui Pengajaran/Latihan Mikro.

    Dalam tempoh sebulan selepas latihan, peserta akan dinilai melalui pemantauan selepas latihan, fasa yang direka oleh pakar pusat TVET untuk memastikan penambahbaikan yang boleh diperhatikan dalam pengendalian latihan di tempat kerja mereka.

    Setelah program tamat sepenuhnya, para peserta akan ditauliahkan sebagai jurulatih bertauliah, dengan pengesahan daripada Pusat Akreditasi Brunei Negara Darussalam (BDNAC).

    Antara peserta yang mengambil bahagian dalam program latihan yang diadakan di Pusat Serantau SEAMEO VOCTECH.
    Awang Alias bergambar ramai bersama kakitangan KKBS semasa program tersebut.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...