Program Pertemuan Susulan diadakan

Oleh Yusrin Junaidi

BANDAR SERI BEGAWAN, 14 Jan – Jawatankuasa Aftercare (PROTEM) dengan kerjasama Bahagian Reintegrasi Jabatan Penjara dan pihak Sumbangsih Mulia baru-baru ini telah mengadakan Program Pertemuan Susulan bagi peserta Program Rakan Seliaan yang berlangsung di Sumbangsih Mulia, Beribi.

Hadir pada program tersebut ialah Pengerusi Jawatankuasa, Haji Mustapa bin Haji Masri; Timbalan Pengerusi, Hajah Juhana binti Mohd Jaya dan Setiausaha, Haji Mahli bin Haji Hassan serta keluarga rakan seliaan.

Antara tujuan program tersebut adalah untuk proses pendaftaran serta membantu mereka menangani cabaran yang dihadapi secara positif melalui nasihat dan bimbingan.

Di samping itu, mereka juga ditemu duga oleh ahli-ahli jawatankuasa dan berpeluang mengikuti latihan dan menceburi dalam bidang pekerjaan yang diminati sekali gus memberi galakan kepada mereka untuk terus mengikuti aktiviti sihat, berdikari, mempunyai sumber pendapatan supaya dapat membantu keperluan keluarga mereka.

Bagi memudahkan peserta untuk menghadiri program tersebut, perjumpaan ini telah diaturkan dan dilaksanakan secara walk-in pada tarikh-tarikh yang telah ditetapkan dalam tempoh kira-kira dua minggu selepas mereka kembali ke pangkuan masyarakat.

Semasa Program Pertemuan Susulan yang diadakan di Sumbangsih Mulia, Beribi.