Friday, December 9, 2022
22.3 C
Brunei

-

Program pertukaran belia Brunei-Korea labuh tirai

Oleh Yusrin Junaidi

BANDAR SERI BEGAWAN, 30 SEPT – Program Pertukaran Belia Negara Brunei Darussalam-Republik Korea 2022 hari ini melabuhkan tirai dengan majlis penutup diadakan secara maya di Dewan Digadong, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS).

Majlis penutup program anjuran KKBS melalui Jabatan Belia dan Sukan (JBS) dengan kerjasama Korea Youth Work Agency (KYWA) dan Ministry of Gender Equality and Family dihadiri oleh Pengarah Belia dan Sukan, Dayang Umi Kalthum binti Haji Abdul Karim selaku tetamu kehormat.

Turut hadir ialah Pemangku Timbalan Pengarah Belia dan Sukan, Haji Mohamad Rosfazilah bin Haji Yusly serta pegawai-pegawai JBS.

Dayang Umi Kalthum dalam ucapan penutupan majlis menjelaskan tahun ini merupakan kali ketiga JBS melaksanakan program pertukaran belia ini secara maya. Program pertama berjaya dijalankan dua tahun lalu dan format yang sama diteruskan untuk tahun ini berikutan keadaan semasa kedua-dua negara.

Menurutnya, Brunei mahu mempelajari pembangunan dan ruang kreatif inkubator, ruang perusahaan inovatif dan lain-lain daripada Korea selain memfokuskan tema muzik, sukan, keusahawanan dan media sosial seperti yang disarankan oleh Yang Berhormat Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan.

Dayang Umi Kalthum juga berharap kedua-dua negara dapat meningkatkan persefahaman melalui program tersebut dan mengekalkan hubungan kerjasama dalam semua sektor terutamanya mengenai belia dan persahabatan yang telah terjalin antara para peserta.

Majlis turut menyaksikan wakil peserta Negara Brunei Darussalam, Dayang Berlyanna Indah Yordhana binti Jefry menyampaikan ucapan serta ucapan daripada wakil peserta Republik Korea, Seohyeon Min.

Ia diteruskan dengan tayangan video Brunei Darussalam and Republic of Korea Intergovernmental Youth Exchange Program 2022 (Virtual) serta penerangan ringkas mengenai cenderahati kenang-kenangan dan diakhiri dengan sesi bergambar ramai.

Dayang Umi Kalthum semasa menghadiri majlis penutup Program Pertukaran Belia Negara Brunei Darussalam-Republik Korea di Dewan Digadong, KKBS.
Antara belia Brunei yang mengikuti program itu pada hari terakhir.

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Australia, mangsa terselamat berang pembebasan Patek

SYDNEY, 8 DIS – Mangsa-mangsa letupan bom Bali 2002 berang hari ini selepas seorang daripada pembuat bom dibebaskan dari penjara Indonesia, hanya selepas menjalani...
- Advertisment -