Friday, April 19, 2024
29.4 C
Brunei

    -

    Program pertukaran pemimpin belia labuh tirai

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 23 NOV – Pemimpin muda perlu berdaya tahan, inovatif dan dapat menyesuaikan diri secara berterusan serta merebut peluang yang diberikan kepada mereka.

    Perkara tersebut ditekankan oleh Menteri Kebudayaan Belia dan Sukan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Nazmi Haji Mohamad pada Majlis Penutup Program Pertukaran Pemimpin Belia Republik Singapura-Negara Brunei Darussalam (SBYLEP) kali ke-8 yang diadakan empat hari bermula 19 hingga 22 di Garden Veranda, Rimba.

    Turut hadir ialah Setiausaha Tetap (Kebeliaan), Haji Zakaria bin Haji Serudin dan Setiausaha Tetap (Kemasyarakatan), Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, Hajah Nor Ashikin binti Haji Johari.

    Semasa berucap, Yang Berhormat Dato turut menyentuh mengenai tema program iaitu, ‘Membina daya tahan belia dalam era pasca pandemik’ adalah tepat pada masanya kerana kita terus mengharungi kesan COVID-19 dalam fasa endemik, sambil meningkatkan usaha kita untuk membina daya tahan dalam kalangan belia kita, masyarakat dan ekonomi.

    Beliau turut menyentuh mengenai kelestarian dan teknologi, digital dan ekonomi kreatif adalah strategik kepada belia dan pembangunan mapan di kedua-dua negara dan di peringkat global. Beliau turut berbangga melihat pemimpin muda kedua-dua negara terlibat secara proaktif dalam perbincangan, berkongsi amalan terbaik mengenai strategi dan penyelesaian serta mengambil tindakan untuk mengenai isu ini.

    Pada majlis penutup program ini, para peserta juga berpeluang untuk mengongsikan pendapat mereka mengenai beberapa isu yang berhubung kait dengan pembangunan belia.

    Majlis diteruskan dengan sesi perkongsian daripada seorang wakil belia Republik Singapura dan Negara Brunei Darussalam dan sesi dialog bersama peserta-peserta belia Republik Singapura dan Negara Brunei Darussalam.

    Dengan pelaksanaan program ini adalah dihasratkan agar ia dapat melahirkan pemimpin-pemimpin daripada kalangan generasi muda Negara Brunei Darussalam dan Republik Singapura agar dapat bekerjasama dalam mengukuhkan hubungan antara kedua-dua buah negara.

    Di samping itu, ia juga diharapkan dapat meningkatkan kefahaman terhadap dasar sistem dan hubungan negara serta menggalakkan perbincangan serta pertukaran pandangan atau saranan daripada kalangan para delegasi kedua-dua buah negara.

    Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Nazmi menghadiri majlis penutup secara dalam talian.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...