Monday, April 28, 2025
29.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Program qiamullail tangani gejala isu sosial

    Oleh Salawati Haji Yahya –

    BELAIT, 20 NOV – Jabatan Hal Ehwal Masjid melalui Unit Belia, Bahagian Imarah dengan kerjasama jawatankuasa takmir dan Kumpulan Belia Masjid Pekan Seria, Daerah Belait telah mengadakan Program Qiamullail Belia Masjid bagi menangani gejala isu sosial dalam kalangan belia masjid.

    Program dua hari yang diadakan di masjid berkenaan telah berakhir kelmarin.

    Antara pengisian program adalah sembahyang Sunat Tahajud, Sunat Hajat, dan Sunat Taubat serta tazkirah yang disampaikan oleh Pegawai Hal Ehwal Masjid, Pengiran Mohd Faris Ramadhani bin Pengiran Haji Selahuddin.

    Program antara lain bertujuan untuk menggalakkan para belia mendekatkan diri dengan masjid, di samping melatih mereka membantu dalam hal ehwal pentadbiran masjid.

    Selain itu, program juga memberikan peluang kepada para belia mengikuti aktiviti-aktiviti bagi mengimarahkan masjid serta mendidik mereka supaya tidak terpengaruh dengan gejala sosial.

    Pengiran Mohd Faris Ramadhani semasa menyampaikan tazkirah ketika program tersebut. – GAMBAR SERAHAN JHEM
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda