Tuesday, March 25, 2025
23.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Program realiti untuk pelihara masakan tradisional India

    KUALA LUMPUR – Masakan India memang digemari ramai, sama ada sebagai hidangan harian mahupun pada majlis keraian, dengan aroma kari dan rempah-ratusnya memenuhi udara, semestinya sukar bagi sesiapa sahaja untuk menahan diri daripada menikmati hidangan-hidangan yang amat memikat selera.

    Sempena meraikan ‘cef-cef’ sebenarnya yang ‘bertugas’ saban hari di rumah, terutamanya kaum ibu, satu program realiti akan diperkenalkan tidak lama lagi. Bintang-bintang bagi program realiti itu terdiri daripada kaum ibu dan anak masing-masing.

    Musim 1 program realiti yang dipanggil “My Amma Samayal” bermaksud “Ibuku Memasak” akan berlangsung dari 22 September hingga 24 September di tiga lokasi – Meru di Klang (Selangor), Ipoh (Perak) dan peringkat akhir akan diadakan di Bukit Mertajam, Pulau Pinang dari 13 Oktober hingga 15 Oktober.

    Asal usul ilham ‘My Amma Samayal’

    Penganjur, Ace Arena Ventures bersama rakan kongsi rasmi tempat berlangsungnya cabaran itu, Mydin Hypermarket, akan menampilkan lapan pasangan ibu dan anak perempuan atau anak lelaki masing-masing, yang akan menggunakan pelbagai bahan yang disediakan untuk menghasilkan hidangan lazat bagi para hakim.

    Program ini akan disiarkan di lebih 30 negara di seluruh dunia termasuk Malaysia melalui dua saluran dari India, Makkal TV dan ZEETV, kedua-duanya tersedia di Malaysia melalui saluran satelit TV berbayar, Astro.
    Masakan India memang digemari ramai dengan aroma kari dan rempah-ratusnya memenuhi udara, semestinya sukar bagi sesiapa sahaja untuk menahan diri daripada menikmati hidangan-hidangan yang amat memikat selera.

    Pasukan yang menang, untuk Musim 1 akan membawa pulang RM20,000 selain pelbagai hadiah bernilai lebih RM50,000 untuk dimenangi. Program ini akan disiarkan di lebih 30 negara di seluruh dunia termasuk Malaysia melalui dua saluran dari India, Makkal TV dan ZEETV, kedua-duanya tersedia di Malaysia melalui saluran satelit TV berbayar, ASTRO.

    Pengasas dan ketua pegawai eksekutif Ace Arena Ventures, Ramesh M. Gesan mendapat ilham memperkenalkan program realiti itu apabila terfikirkan perhatian ibunya terhadapnya. “Saya teringat bila mana setiap kali bekerja sehingga lewat malam, ibu akan menelefon dan meminta saya pulang ke rumah untuk makan malam. Apabila tiba di rumah setelah seharian bekerja,masakan ibu siap terhidang, itu sangat istimewa bagi saya dan tidak ada yang lebih baik daripada itu,” katanya.

    Usaha pelihara masakan tradisional India

    Ramesh percaya bahawa dengan menyediakan platform seumpama itu, iaitu dengan menggabungkan unsur-unsur hiburan dan pembelajaran, lebih ramai generasi muda kaum India akan mula memasak, sekali gus akan menjamin hidangan tradisional India kekal dalam menu hidangan. “Kami telah menetapkan keutamaan baharu dengan menganjurkan cabaran memasak di mana generasi yang lebih tua akan berkongsi dapur dengan yang muda,” tambah Ramesh.

    “Kami akan menampilkan rancangan yang lebih gah untuk 2018, dan Ace Arena berusaha gigih untuk menyediakan program-program hiburan terbaik untuk masyarakat India bagi musim-musim akan datang. Program realiti itu juga dianjurkan dengan kerjasama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk kempen #sukusukuseparuh bagi membantu memupuk tabiat pemakanan sihat dalam kalangan rakyat Malaysia.

    Program realiti itu juga dianjurkan dengan kerjasama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk kempen #sukusukuseparuh bagi membantu memupuk tabiat pemakanan sihat dalam kalangan rakyat Malaysia.

    Bayangkan bagaimana satu program realiti seperti Master Chef telah mendapat sambutan memberangsangkan sejak bertahun-tahun lamanya, My Amma Samayal hanyalah satu permulaan daripada beberapa insprirasi program realiti untuk masyarakat India.

    Ibu galakkan anak sertainya

    Dalam temu bual dengan Bernama, pasangan ibu dan anak perempuan yang bakal menyertai program berkenaan pada musim 1, Ave Maria David, 59, dan Nishaline Priya Pubalan, 28, berkata mereka akan berganding untuk berseronok sambil mengeratkan lagi hubungan. “Saya baru saja menamatkan pengajian peringkat sarjana dan kini mencari kerja, sementara itu saya ada banyak masa senggang,” kata Nishaline, yang menyahut cabaran itu berikutan galakan ibunya.

    “Ibu tanya jika saya mahu menyertainya dalam program realiti masakan itu, jadi saya pun bersetuju,” tambah bekas wartawan yang mahir dalam penyediaan pasta dan spaghetti namun gemar menyediakan masakan tradisional India. Kedua-dua mereka yang sangat gemar memasak, bersama-sama tujuh pencabar lain, hanya akan mengetahui bahan-bahan yang akan disediakan pada hari berlangsungnya program itu.

    “Ia sangat mencabar bagi kami, kami tidak tahu bahan-bahan yang akan disediakan. Kami hanya perlu memutuskan segera apa yang hendak dimasak dan terus memasak hidangan itu secepat mungkin,” kata Ave Maria. “Namun begitu, saya tidak sabar untuk menyertainya,” tambah suri rumah yang berasal dari Pulau Pinang itu. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda