Saturday, April 20, 2024
24.4 C
Brunei

    -

    Program sebar kesedaran HIV

    Oleh Salawati Haji Yahya
    Gambar serahan Majlis BDAIDS

    BANDAR SERI BEGAWAN, 20 JULAI – Seramai 500 orang pelajar Universiti Teknologi Brunei (UTB) telah menghadiri program kesedaran HIV untuk Rakan Sebaya dan Belia (HAPPY) kendalian Majlis AIDS Brunei Darussalam (BDAIDS) sebagai sebahagian daripada program minggu orientasi mereka, hari ini.

    HAPPY merupakan projek diterajui belia yang menyebarkan kesedaran HIV termasuk pengetahuan tentang kehamilan remaja dan jangkitan seksual. Ia adalah program interaktif yang menggabungkan audio dan visual serta aktiviti interaktif untuk menyampaikan mesej kepada golongan muda yang merangkumi mesej yang telah disesuaikan dengan tetapan tempatan.

    Mewakili Majlis BDAIDS dalam menyampaikan dan memudah cara program itu ialah Yang Dipertua, Awang Iswandy bin Ahmad yang antara lain mengongsikan statistik terkini tempatan mengenai STI dan kehamilan remaja dengan mengetengahkan umur dan jantina yang mendominasi statistik tersebut.

    Beliau seterusnya menjelaskan, angka tersebut boleh dibendung dengan menerapkan larangan sebagai sebahagian daripada mengelakkan remaja terlibat dalam sebarang tingkah laku berisiko yang membawa kepada jangkitan STI, hamil tanpa nikah atau kahwin awal.

    Majlis BDAIDS berharap pelajar dapat membawa pulang mesej sebagai sebahagian daripada proses pembelajaran dan menerapkannya dalam gaya hidup harian mereka.

    Awang Iswandy semasa menyampaikan ceramah pada program minggu orientasi UTB kelmarin.
    Antara yang hadir pada program berkenaan.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...