Thursday, April 25, 2024
26.3 C
Brunei

    -

    Program Semarak Kasih bantu golongan memerlukan

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 19 JULAI – Jabatan Hal Ehwal Masjid melalui Bahagian Hal Ehwal Muslimah dengan kerjasama Jawatankuasa Takmir Masjid Kampung Bang Dalam, Daerah Tutong, hari ini, telah mengadakan Program Semarak Kasih bersempena Sambutan Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ke-76 yang berlangsung di masjid berkenaan.

    Program berkenaan diadakan bagi menzahirkan kecintaan dan ketaatan yang tidak berbelah bahagi kehadapan majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia dengan mengadakan bacaan wirid secara berjemaah yang bertujuan merafakkan doa ke hadrat Allah SWT agar Baginda Sultan dikurniakan kesejahteraan, dilanjutkan usia serta kekal karar memerintah Negara Brunei Darussalam.

    Majlis turut diselajurkan dengan penyampaian sumbangan kepada 17 orang terdiri daripada golongan yang memerlukan bantuan, asnaf fakir, miskin, mualaf dan ibu tunggal yang tinggal di kawasan Kampung Bang Dalam dan sekitarnya.

    Hadir selaku tetamu kehormat dan menyampaikan sumbangan ialah isteri Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ugama, Datin Hajah Nahriah binti Haji Asbi.

    Aktiviti kemasyarakatan berkenaan adalah bagi menyemai rasa tanggungjawab dan keprihatinan untuk membantu golongan yang memerlukan melalui amalan bersedekah yang natijahnya akan mengukuhkan perpaduan dan persaudaraan sesama umat Islam.

    Sumbangan tersebut merupakan hasil kutipan yang telah dibukakan secara sukarela kepada para pegawai dan kakitangan Jabatan Hal Ehwal Masjid, tenaga pembimbing dan peserta Kelas Bimbingan Muslimah Daerah Tutong.

    Program berkenaan diharap dapat menyemai rasa cinta dan istiqamah untuk mengamalkan wirid atau zikir bagi mendekatkan diri kepada Allah SWT dan juga dapat mengukuhkan rasa kasih dan taat setia kepada raja yang dikasihi serta menerbitkan rasa kasih sayang dan pemedulian dalam kalangan Muslimah dalam kehidupan bermasyarakat dan bernegara.

    Datin Hajah Nahriah menyampaikan sumba-ngan kepada salah seorang penerima pada majlis yang berlangsung di Masjid Kampung Bang Dalam, Daerah Tutong, kelmarin.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...