Program Senyuman Aidilfitri bantu 30 keluarga

BANDAR SERI BEGAWAN, 20 MEI – Sempena Sambutan Hari Raya Aidilfitri yang akan tiba tidak lama lagi, Nadi Quranic Learning Centre (NQLC) cawangan Beribi dengan kerjasama Persatuan WeCare Brunei tampil memberi sumbangan kepada beberapa buah keluarga yang kurang berkemampuan.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan NQLC, Program Senyuman Aidilfitri berkenaan berjaya mengumpulkan barangan berupa permainan, buku kanak-kanak dan pakaian Hari Raya untuk disumbangkan kepada 20 buah keluarga yang memerlukan.

Semua sumbangan berkenaan diperoleh daripada orang ramai dan pelajar-pelajar NQLC sendiri.

Pengumpulan barang sumbangan telah dijalankan pada 13 hingga 15 Mei lalu bertempat di NQLC Cawangan Beribi, manakala itu, penyerahan sumbangan dilakukan pada 18 dan 19 Mei dengan melibatkan seramai 16 orang kakitangan dan guru NQLC.

Pengarah Urusan NQLC, Awang Akmal bin Haji Marsidi dipetik sebagai berkata, “Di bulan Ramadan ini, kita bukan sahaja perlu menjaga hubungan kita dengan Allah, tapi juga hubungan sesama manusia.”

Sumbangan yang diberikan berkenaan diharap dapat memberikan senyuman kepada semua penerima.

NQLC juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada mereka yang telah banyak menyumbang menjayakan berkenaan.

Ceria…Kanak-kanak daripada beberapa buah keluarga kurang berkemampuan gembira menerima sumbangan.
Antara keluarga yang menerima sumbangan daripada NQLC dan WeCare Brunei.