Thursday, January 23, 2025
23.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Program sivik negara tingkat nilai MIB

    BANDAR SERI BEGAWAN, 9 DIS – Jabatan Penerangan, Jabatan Perdana Menteri melalui Unit Kenegaraan, Seksyen Komunikasi Strategik, Bahagian Penerbitan dan Komunikasi Strategik telah mengadakan Program Sivik Negara Brunei Darussalam untuk kali pertama bagi Tahun 2024/2025 selama lima hari bermula kelmarin hingga 12 Disember.

    Majlis pembukaan itu berlangsung hari ini bertempat di Dewan Auditorium, Bangunan Tambahan, Jabatan Penerangan.

    Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Pemangku Pengarah Penerangan, Dayang Sastra Sarini binti Haji Julaini.

    Antara objektif program itu diadakan ialah untuk memberikan kefahaman dan maklumat terkini kepada masyarakat mengenai hal ehwal negara dan kerajaan bagi memastikan rakyat sentiasa peka terhadap perkembangan semasa, memupuk dan menanam semangat kenegaraan yang berasaskan falsafah Melayu Islam Beraja (MIB), dengan menekankan nilai-nilai budaya, agama dan kedaulatan yang menjadi asas identiti negara.

    Program itu disertai oleh 46 peserta yang terdiri daripada lepasan ijazah dari Kementerian Pendidikan, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah serta mahasiswa-mahasiswi dari institusi pengajian tempatan dan yang menjalani
    penempatan kerja di Jabatan Penerangan.

    Dayang Sastra Sarini menyampaikan ucapan alu-aluan semasa majlis berkenaan. – GAMBAR SERAHAN JABATAN PENERANGAN
    Dayang Sastra Sarini bergambar ramai semasa majlis berkenaan. – GAMBAR SERAHAN JABATAN PENERANGAN
    GAMBAR SERAHAN JABATAN PENERANGAN

    Sepanjang program itu diadakan, para peserta akan didedahkan kepada beberapa siri taklimat dan lawatan sambil belajar ke beberapa agensi kerajaan dan perusahaan
    yang ditubuhkan oleh belia tempatan.

    Selain itu, peserta juga akan terlibat dalam aktiviti kerja kemasyarakatan.

    Pada majlis itu, tetamu kehormat turut menyampaikan ucapan alu-aluan di mana beliau menyentuh mengenai format pelaksanaan program kali ini dikembalikan menggunakan format asal iaitu secara perkampungan, di mana perkampungan diadakan di Pusat Belia, Bandar Seri Begawan.

    Beliau juga menyentuh mengenai peranan belia sebagai aset negara dan agen perubahan masa depan yang akan merealisasikan Wawasan Brunei 2035.

    Di samping itu, penyertaan para peserta dalam program sivik itu diharap boleh membantu mereka untuk meningkatkan daya saing serta mampu menghadapi pelbagai cabaran dengan berpegang teguh kepada konsep MIB.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda