Sunday, January 26, 2025
23.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Program Sua Muka bariga isu semasa

    BANDAR SERI BEGAWAN, 12 DIS – Jabatan Penerangan, Jabatan Perdana Menteri melalui Unit Hubungan Masyarakat, Seksyen Komunikasi Strategik, Bahagian Penerbitan dan Komunikasi Strategik telah mengadakan Program Sua Muka bagi Kampung Zon 3 Mukim Zon 2 Kampong Ayer, Daerah Brunei dan Muara bertempat di Dewan Masjid Perdana Wangsa Haji Mohammad, Kampung Setia, baru-baru ini.

    Hadir mengetuai rombongan Jabatan Penerangan ialah Pemangku Pegawai Penerangan Kanan selaku Pemangku Ketua Bahagian Penerbitan dan Komunikasi Strategik, Dayang Mufidah binti Abdul Hakim dan disertai oleh beberapa pegawai dan kakitangan Jabatan Penerangan.

    Program dimulakan dengan mukadimah daripada ketua rombongan di mana beliau menekankan mengenai peranan Jabatan Penerangan sebagai lidah, mata dan telinga kerajaan dalam membarigakan apa jua maklumat yang terkini, dasar-dasar kerajaan dan isu-isu semasa kepada rakyat dan penduduk di negara ini melalui beberapa landasan yang antara lain ialah Program Sua Muka dan juga melalui terbitan akhbar rasmi Pelita Brunei.

    Selain itu, beliau turut menekankan bahawa sebagai salah satu program di bawah strategi kerja Jabatan Penerangan iaitu Komunikasi Bersemuka, ia dihasratkan dapat mengeratkan hubungan dua hala antara pihak kerajaan-rakyat dan rakyat-kerajaan dengan membarigakan maklumat dan mengendalikan program dengan berhubungan bersama masyarakat yang dapat menyumbang kepada perkembangan dan kemajuan mukim atau kampung.

    Program Sua Muka Penerangan ini juga bukanlah satu program yang baharu malah program ini sudah lama diadakan dari sejak tahun 1980an, walau bagaimanapun tujuannya masih sama dari dulu hingga sekarang iaitu meningkatkan hubungan dua hala antara pihak kerajaan dengan rakyat dan rakyat dengan kerajaan melalui pembarigaan maklumat dan mengendalikan komunikasi bersemuka yang dapat menyumbang kepada perkembangan dan kemajuan mukim atau kampung.

    Dayang Mufidah bergambar ramai semasa program berkenaan. – GAMBAR SERAHAN JABATAN PENERANGAN
    GAMBAR SERAHAN JABATAN PENERANGAN
    GAMBAR SERAHAN JABATAN PENERANGAN

    Melalui program ini juga dikongsikan pesanan awam mengenai penyebaran maklumat palsu, impaknya dan juga tatacara untuk membuat laporan mengenainya.

    Turut hadir menyampaikan taklimat ialah pegawai-pegawai daripada Jabatan Perkhidmatan Elektrik, Jabatan Tenaga; Unified Smart Metering System (USMS) dan Pihak Berkuasa Industri Teknologi Info-komunikasi Negara Brunei Darussalam (AITI).

    Sementara itu, Pemangku Ketua Kampung Zon 3 Kampong Ayer, Awang Rahman bin Haji Kassim, mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih di atas peluang dan kesempatan bagi menyampaikan isu-isu yang berkaitan dengan kemaslahatan dan kesejahteraan penduduk kampung.

    Program ini juga memberikan manfaat kepada penduduk kampung melalui penyampaian maklumat-maklumat terkini yang disampaikan oleh agensi kerajaan yang perlu diketahui oleh penduduk kampung dan sekali gus membantu mengukuhkan hubungan erat antara pihak kerajaan dan penduduk kampung.

    Program turut diisikan dengan sesi dialog bersama penduduk kampung mengenai isu- isu yang dibangkitkan yang antara lain berkaitan dengan keselamatan, kebajikan, infrastruktur, prasarana dan kemudahan awam di kampung-kampung berkenaan.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda