Sunday, October 2, 2022
33.3 C
Brunei

Program Sua Muka di Kg Batang Tuau, Puni dan Ujong Jalan

-

TEMBURONG, 20 SEPT – Dalam usahanya untuk menyampaikan maklumat mengenai isu-isu semasa dan dasar kerajaan, Jabatan Penerangan, Jabatan Perdana Menteri melalui Cawangan Penerangan Daerah Temburong, hari ini mengadakan Program Sua Muka bagi Kampung Batang Tuau, Puni dan Ujong Jalan, Mukim Bangar bertempat di Balai Raya Kampung Puni, Temburong.

Hadir selaku ketua rombongan ialah Pemangku Pengarah Penerangan, Dayang Siti Bismi Nuruliman binti Haji Emzah.

Beliau antara lain mengongsikan mengenai penyebaran maklumat palsu di era digital yang tular dengan begitu cepat melalui pelbagai aplikasi seperti WhatsApp, WeChat, Facebook, Twitter dan Instagram yang menyebabkan orang ramai merasa takut dan cemas.

Menurut beliau lagi, apa yang lebih membimbangkan maklumat palsu dan berunsur fitnah itu diterima bulat-bulat tanpa merujuk kepada sumber yang sahih dan kemudiannya menjadi tular sehingga boleh menjejaskan keharmonian masyarakat dan juga keselamatan negara.

Program turut diisikan dengan sesi dialog mengenai isu-isu yang dibangkitkan oleh penduduk kampung berkaitan dengan jalan raya, permasalahan yang berkaitan dengan bekalan air, masalah bekalan elektrik yang selalu terputus, tanah kelompok dan bantuan bulanan bersama para pegawai dari Jabatan Kerja Raya, Jabatan Pertanian dan Majlis Ugama Islam Brunei (MUIB).

Program yang juga dihasratkan untuk meningkatkan hubungan dua hala antara kerajaan dan rakyat itu turut dihadiri oleh Pemangku Ketua Kampung Batang Tuau dan Puni, Awang Ashawary bin Haji Abdul Rahman.

Dalam ucapan alu-aluannya, Awang Ashawary antara lain menyentuh mengenai perkembangan dan kemajuan kampung dan berharap program seumpamanya akan dapat mengongsikan lebih banyak maklumat yang berguna demi kesejahteraan hidup berbangsa, beragama dan bernegara.

Penduduk Kampung Batang Tuau, Puni dan Ujong Jalan semasa menghadiri Program Sua Muka, kelmarin. – Gambar serahan Jabatan Penerangan
- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

19 terbunuh, 28 cedera dalam kejadian letupan bom

ISLAMABAD, 30 SEPT – Sekurang-kurangnya 19 orang terbunuh dan 28 lagi cedera dalam satu kejadian pengeboman nekad di sebuah pusat pendidikan di ibu negara Afghanistan,...
- Advertisment -