Tuesday, December 5, 2023
23.1 C
Brunei

    -

    Program Sua Muka di Kg Labi 1

    Oleh Ak Zaki Kasharan
    Gambar serahan Jabatan Penerangan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 6 JUN – Dalam usaha untuk menyampaikan maklumat mengenai isu-isu semasa dan dasar kerajaan, Jabatan Penerangan, Jabatan Perdana Menteri melalui Cawangan Penerangan Daerah Belait, hari ini mengadakan Program Sua Muka bagi Kampung Labi 1, Mukim Labi bertempat di Bangunan Jabatan-Jabatan Kerajaan Mukim Labi, Daerah Belait.

    Hadir selaku ketua rombongan ialah Pegawai Penerangan Kanan selaku Ketua Bahagian Cawangan Daerah, Haji Fathi Foad bin Dato Seri Setia Haji Abu Bakar.

    Semasa program itu, beliau antara lain mengongsikan mengenai impak cuaca panas dan gelombang haba di Negara Brunei Darussalam, kesihatan mental, aplikasi MOHCares, membendung penyalahgunaan dan pengedaran dadah, penipuan kewangan melalui aplikasi Telegram serta mengenai Talian Kebajikan 141 dan Talian Anak 121.

    Hadir sama ialah Pemangku Ketua Kampung Labi I, Awang Hanapi bin Mohamad Siput, yang antara lain menyambut baik program yang diadakan oleh Jabatan Penerangan di kampung berkenaan sebagai platform penduduk kampung menyuarakan pandangan di samping bertukar-tukar fikiran untuk kesejahteraan dan kemaslahatan kampung.

    Program berkenaan dihasratkan untuk meningkatkan hubungan dua hala antara pihak kerajaan-rakyat dan rakyat-kerajaan dengan membarigakan maklumat dan dasar kerajaan di samping menerima maklum balas yang perlu diambil perhatian dan tindakan oleh pihak-pihak yang berkenaan dalam kerajaan.

    Ia turut diisikan dengan sesi dialog mengenai isu-isu yang dibangkitkan oleh penduduk kampung antaranya berkaitan dengan prasarana dan kemudahan awam.

    Program Sua Muka bagi Kampung Labi 1 yang diadakan di Bangunan Jabatan-Jabatan Kerajaan Mukim Labi, Daerah Belait, kelmarin.
    Ahli MPK Labi 1 mengemukakan soalan se-masa program berkenaan.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Hujan lebat landa selatan India

    INDIA, 4 DIS – Hujan lebat melanda bandar Chennai di selatan India hari ini dan dijangka akan berlaku ribut. Ribut Michaung dijangka melanda pantai...