Thursday, April 25, 2024
26.3 C
Brunei

    -

    Program suntik semangat patriotisme pelajar

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 13 SEPT – Jabatan Penerangan, Jabatan Perdana Menteri, melalui Unit Hal Ehwal Antarabangsa, selaku Sekretariat Jawatankuasa Kecil Penerangan (SCI) ASEAN-COCI telah meneruskan lagi Jerayawara Kenali ASEAN di Sekolah Ugama Arab Menengah Perempuan Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha yang dihadiri seramai 288 orang pelajar Tahun 7 sekolah berkenaan.

    Program dihasratkan untuk memberigakan dan memberikan pendedahan meluas mengenai maklumat asas berkaitan Persatuan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN) kepada pelajar sekolah menengah dan sekolah Arab di negara ini. Ia merupakan salah satu usaha berterusan Jabatan Penerangan dalam menyuntik semangat patriotisme dan sifat perpaduan (ASEAN-ness) dalam kalangan pelajar untuk menghayati fungsi dan tujuan ASEAN ditubuhkan. 

    Pada masa yang sama, ia juga dapat mengukuhkan hubungan antara Jabatan Penerangan dengan masyarakat khususnya para pelajar yang bakal mewarisi kesinambungan bangsa dan seterusnya memainkan peranan penting dalam memangkin hala tuju negara satu masa nanti.

    Taklimat disampaikan oleh Pemangku Ketua Unit Hal Ehwal Antarabangsa, Jabatan Penerangan, Pengiran Haji Ahmad Fadillah Akhbar bin Pengiran Haji Sellahuddin yang antara lain untuk menanamkan kesedaran terhadap pelajar dalam sama-sama memainkan peranan sebagai masyarakat ASEAN selaras dengan moto ASEAN iaitu Satu Visi, Satu Identiti, Satu Komuniti.

    Turut dipromosikan adalah aplikasi mudah alih We ASEAN yang mengandungi maklumat mengenai ASEAN dan negara-negara anggota, kalendar ASEAN, kuiz, galeri gambar dan video yang boleh dimuat turun melalui Google Play bagi pengguna Android dan App Store bagi pengguna iOS. Aplikasi berkenaan merupakan salah satu projek di bawah SCI ASEAN-COCI.

    Para pelajar juga diuji melalui Kuiz ASEAN bagi mengenal pasti sejauh mana pengetahuan mereka mengenai ASEAN dan peranan pertubuhan tersebut dalam membangun negara-negara anggotanya. Turut hadir ialah Timbalan Pengetua, Pengiran Haji Asmadi bin Pengiran Haji Aliuddin dan para tenaga pengajar sekolah. Jerayawara akan diteruskan lagi bagi Tahun 8 dan 9 di sekolah berkenaan pada 14 dan 15 September.

    Pelajar Tahun 7 ketika sesi Kuiz ASEAN semasa Jerayawara Kenali ASEAN. – Gambar serahan Jabatan Penerangan
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...