Tuesday, April 23, 2024
25.2 C
Brunei

    -

    Program tadabbur serikan Ramadan

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 11 APRIL– Seramai 50 orang telah mengikuti Program khas Ramadan anjuran Badan Sukarelawan Belia Da’ie di bawah naungan Urusetia Program Keugamaan Belia, Pusat Dakwah Islamiah, Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU) iaitu Siri Tadabbur Al-Quran (STQ) yang berlangsung secara maya melalui aplikasi Zoom, kelmarin.

    Program berkenaan dimulakan de-ngan bacaan Sayyidul Istighfar dan Surah Al-Fatihah diketuai oleh Pengerusi Belia Da’ie, Awang Muhammad Fuad bin Matahir dan diteruskan dengan sesi tadabbur Surah Quraisy yang disampaikan oleh Penolong Profesor, Fakulti Usuluddin, Universiti Islam Sultan Sharif Ali, Dr Hajah Sarinah binti Haji Yahya.

    Program berkenaan juga boleh diikuti secara langsung di laman media sosial Instagram Belia Da’ie dan Facebook Belia Da’ie Brunei

    Tujuan program itu adalah untuk mempelajari bidang tafsir Al-Quran secara intensif serta mendalami dan memahami makna-makna yang terkandung dalam Al-Quran atau istilah Arabnya, tadabbur.

    Di samping itu, program berkenaan juga bagi menghidupkan Ramadan dengan menghadiri majlis ilmu sambil mengeratkan silaturahim dalam kalangan ahli Belia Da’ie, alumni Akademi Dakwah dan orang awam.

    Siri Tadabbur Al-Quran ini akan diadakan pada setiap Ahad, sepanjang bulan Ramadan 1443H dan orang ramai dialu-alukan untuk sama-sama mengikuti program ini bagi meraih manfaat untuk lebih memahami isi kandungan Al-Quran dengan sebaiknya.

    Antara yang menyertai Program khas Ramadan secara maya baru-baru ini. – Gambar serahan PDI
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sekumpulan gempa bumi gegarkan Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Sekumpulan gempa bumi melanda Taiwan pada awal hari ini, yang paling kuat mempunyai magnitud 6.1, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat...