Friday, April 19, 2024
29.4 C
Brunei

    -

    Program Taj Najah bantu pelajar mengulang kaji

    Oleh Yusrin Junaidi
    Gambar oleh Daniel Lim

    BANDAR SERI BEGAWAN, 17 OGOS – Sekolah Arab Belait (SAB) telah membuat inisiatif mengadakan Program Taj Najah bagi membantu pelajar-pelajar Sanah 8 mengulang
    kaji tajuk mata pelajaran yang telah dipelajari dari Sanah 7.

    Menurut kenyataan Jabatan Pengajian Islam (JPI), selain mengulang kaji, antara fokus utama program ialah para pelajar diajar mengaplikasikan ilmu pengetahuan yang mereka pelajari secara teori ke dalam bentuk permainan.

    Secara tidak langsung, ia dapat memperkenalkan para pelajar kepada berbagai kaedah untuk mengulang kaji dan mengingati isi kandungan penting setiap mata pelajaran.

    Program juga adalah untuk mewujudkan sikap tolong-menolong, bertoleransi dan berkomunikasi dengan berkesan sesama ahli kumpulan.

    Antara permainan yang dimuatkan dalam program tersebut ialah bercorak treasure hunt di mana para pelajar menyelesaikan soalan yang disediakan sehingga selesai dan berjaya sampai ke petak An-Najah, menyusun segi tiga, Spin The Wheel dan Wordwall.

    Program Taj Najah diadakan di SAB bagi membantu pelajar-pelajar Sanah 8 membuat ulang kaji pelajaran.
    Antara permainan yang diadakan semasa program itu.

    Dengan Peperiksaan Kemajuan Pelajar yang akan dilaksanakan di sekolah-sekolah Arab di seluruh negara, seramai 10 orang pelajar Sanah 8 dari sekolah-sekolah Arab di seluruh negara menyertai program berkenaan.

    Antara mata pelajaran yang dipertandingkan ialah Al-Quran, Bahasa Arab, Al-Tauhid, Al-Fiqh Al-Islami, Al-Tarikh Al-Islami dan Al-Tafsir Al-Hadith.

    Program diakhiri dengan penyampaian hadiah kepada para pemenang dan bacaan doa.

    Kenyataan menjelaskan, Taj bermaksud mahkota yang dipakai di atas kepala sementara An-Najah bermaksud kejayaan.

    Nama berkenaan dipilih bersesuaian dengan konsep permainan yang disediakan oleh SAB yang memerlukan kepantasan dan kecerdasan mental para pelajar untuk menguji kemahiran berfikir masing-masing dalam menyelesaikan permainan dengan cepat dan betul.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...