Saturday, September 30, 2023
27.6 C
Brunei

    -

    Program tingkat keupayaan juruterbang

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 21 OKT – Syarikat pengeluar pesawat Indonesia, PT Dirgantara Indonesia (PT DI) komited untuk meningkatkan keupayaan juruterbang Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) bagi mengendalikan pesawat CN235-110.

    Perkara itu dinyatakan oleh Juruterbang Ujian dan Jurulatih Penerbangan PT DI, Kapten Esther Gayatri dalam ucapan ringkasnya pada majlis Makan Malam dihoskan oleh Duta Besar Indonesia ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Dr Sujatmiko, kelmarin.

    Menurut Kapten Esther lagi, beliau berkunjung ke negara ini untuk memenuhi perkhidmatan latihan PT DI terutamanya meningkatkan keupayaan juruterbang dalam mengendalikan pesawat CN235-110 dan operasi keselamatan penerbangan.

    TYT Dr Sujatmiko dalam ucapan alu-aluannya pula menyambut baik program latihan perintis antara PT DI dan TUDB, Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB).

    “Kerjasama ini satu peluang yang sangat baik bagi kedua-dua buah negara meningkatkan hubungan aeroangkasa dan kami berhasrat menawarkan produk pesawat peronda keselamatan maritim dari syarikat sama kepada Brunei,” tambahnya.

    Kapten Esther Gayatri berada di negara ini bagi menjalankan tiga program latihan penerbangan iaitu latihan kapten, juruterbang pemeriksaan penyelenggaraan dan pengajar penerbangan bermula awal September lalu sehingga 3 Oktober kepada Mejar Mohd Adieb bin Abdul Rahman dari TUDB.

    Kapten Esther Gayatri semasa bersama beberapa pelatihnya. – Gambar serahan Kedutaan Indonesia
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Singa baham tuan

    TOKYO, 29 SEPT – Seorang penjaga zoo di taman safari Jepun terbunuh selepas seekor singa dipercayai menyerangnya ketika dia cuba membawa haiwan itu masuk...