Thursday, April 25, 2024
30.9 C
Brunei

    -

    Program WAH kembali dijalankan

    Oleh Syahmi Hassan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 25 MEI – Kementerian Kesihatan melalui Pusat Promosi Kesihatan, telah mengadakan Majlis Penandatanganan Kontrak untuk 10 studio-studio kecergasan yang dicalonkan, hari ini.

    Sehubungan itu, Program WAH, sebuah program kolaborasi perkongsian awam swasta (PPP) Kementerian Kesihatan dan Gleneagles JPMC (GJPMC) Sdn Bhd bagi peringkat ketiga, tahun 2021/2022, akan dijalankan lagi di semua kementerian.

    Pada majlis penandatanganan tersebut, Ketua Pusat Promosi Kesihatan, Dr Hajah Norhayati binti Haji Kassim telah mewakili pihak Kementerian Kesihatan untuk menandatangani kontrak tersebut bersama dengan Ketua Pengurusan Pusat Promosi Kesihatan, Haji Zakaria bin Haji Kamis.

    Setiap studio kecergasan telah diperuntukkan kepada kementerian masing-masing semasa majlis tersebut.

    Aman Optimum Fitness Centre diperuntukkan kepada Jabatan Perdana Menteri; Swet House (Majestic Fitness) diperuntukkan kepada Kementeri-an Kewangan dan Ekonomi; Primal Performance Centre diperuntukkan kepada Kementerian Pertahanan; Studio96 diperuntukkan kepada Ke-menterian Hal Ehwal Luar Negeri; HSN Health & Fitness diperuntukkan kepada Kementerian Pendidikan; The Boss Gym diperuntukkan kepada Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri; Victorious Health & Fitness Centre diperuntukkan kepada Kementerian Sumber-sumber Utama dan Pelancongan; Fitness Rebel diperuntukkan kepada Kementerian Pembangunan; Victorious Health & Fitness Centre diperuntukkan kepada Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan; Fitness Zone diperuntukkan kepada Kementerian Kesihatan; Primal Performance Centre diperuntukkan kepada Kementerian Hal Ehwal Ugama; dan Studio Eleve diperuntukkan kepada Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi, dan Jabatan Tenaga, Jabatan Perdana Menteri.

    Sementara itu, lebih daripada 200 sesi senaman telah dijalankan oleh studio-studio kecergasan semasa peringkat kedua, tahun 2020/2021.

    Program berkenaan mengandungi beberapa komponen iaitu sesi peme-riksaan kesihatan termasuk pemeriksaan tekanan darah dan indeks jisim tubuh, sesi pendidikan kesihatan melalui kursus dalam talian mengenai risiko penyakit-penyakit yang tidak berjangkit termasuk pemakanan sihat, kegiatan fizikal; tembakau dan kesihatan mental dan topik-topik lain yang akan datang pada masa depan.

    Dengan gabungan kursus dalam talian yang sedia ada di laman web WAH, sesi senaman oleh studio kecergasan dan akses kepada peralatan pemeriksaan kesihatan, Program WAH bertujuan untuk memupuk minda dan gaya hidup yang mementingkan kesihatan dalam kalangan warga perkhidmatan awam sambil menyumbang kepada pengurangan penyakit tidak berjangkit (NCD) di negara ini.

    Pada masa yang sama, program tersebut juga bertujuan untuk merealisasikan visi Kementerian Kesihatan Bersama Ke Arah Warga Sihat dan matlamat kedua Wawasan Brunei 2035 iaitu kualiti kehidupan yang tinggi. Kementerian Kesihatan amat menggalakkan semua warga perkhidmatan awam untuk menyertai pelbagai komponen-komponen Program WAH.

    Dr Hajah Norhayati bersama salah seorang wakil dari studio-studio kecergasan yang dilantik semasa majlis penandatanganan berkenaan. – Gambar oleh James Kon
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...