Thursday, April 25, 2024
29.9 C
Brunei

    -

    Program ziarah kenang jasa guru

    Gambar serahan bekas pelajar Form 1K SOASC 1982

    Guru merupakan insan yang memainkan peranan dalam mencorak masa depan para pelajarnya agar dapat merealisasikan hasrat yang dicita-citakan selama ini.

    Pengorbanan seorang guru mencurahkan ilmu tanpa jemu tidak akan pernah terbalas namun jasanya akan dikenang sampai bila-bila.

    Begitulah hasrat yang tersimpan di dalam setiap diri 11 orang bekas pelajar Haji Awang Abdullah bin Haji Awang Damit yang mengadakan Program Ziarah ‘Meraih Keberkatan Guru’ pada 30 Julai lalu.

    Haji Awang Abdullah merupakan bekas guru kelas Form 1K di Maktab Sultan Omar ‘Ali Saifuddien (SOASC) pada tahun 1982 yang kini menetap di Kampung Lambak Kiri, Jalan Pasir Berakas.

    Menurut salah seorang ketua rombongan berkenaan, sudah kira-kira 40 tahun mereka tidak pernah berjumpa dengan guru mereka.

    Tambahnya, hasrat untuk berjumpa guru mereka ini tercetus semasa satu perjumpaan yang diadakan bersama beberapa rakan bekas penuntut pada 5 Jun yang lalu.

    Dalam perjumpaan tersebut, mereka telah bersetuju untuk menjejaki bekas guru kelas mereka tersebut dan se- terusnya untuk mengadakan program ziarah.

    Pada hari tersebut, mereka telah membuat beberapa rancangan bagi mengisi acara program berkenaan yang antaranya iaitu menunaikan solat fardu Asar di Masjid Lambak kiri dan seterusnya menyerahkan sedikit sumbangan untuk Tabung Pembinaan Masjid Negara Brunei Darussalam iaitu hasil daripada sumbangan bersama di kalangan bekas-bekas penuntut berkenaan. Setelah itu mereka terus menziarahi Haji Awang di kediaman beliau.

    Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan Doa Selamat yang dipimpin oleh salah seorang bekas penuntut beliau iaitu Haji Rosli bin Haji Batang.

    Kemudian, ucapan daripada ketua rombongan yang antara lain menyatakan tujuan utama program ziarah yang diadakan ini adalah untuk mengenang jasa bekas guru mereka yang selama ini.

    Jelasnya lagi, dengan usaha mereka ini akan mendapat keberkatan daripada Allah SWT dan sentiasa diberikan kesihatan kepada bekas guru mereka dan juga kepada bekas penuntut-penuntut beliau.

    Majlis ziarah juga diselajurkan dengan penyerahan beberapa sumbangan ikhlas bersama daripada bekas-bekas penuntut beliau.

    Gambar kenangan Haji Awang Abdullah bersama penuntut-penuntut beliau semasa tahun 1982.
    Haji Awang Abdullah bersama beberapa orang bekas penuntut beliau.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...