Friday, April 19, 2024
23.7 C
Brunei

    -

    Progresif anjur kempen cabutan Raya

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 20 APRIL – Progresif pada 18 April lalu telah mengumumkan Kempen Raya Lucky Draw di mana pelanggan berpeluang untuk memenangi baucar tunai sehingga $2,000 dan hadiah-hadiah hebat setiap minggu dengan hanya membuat pembelian minimum bagi perkhidmatan Progresif.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Progresif, di sini, pemenang utama bagi pusingan pertama cabutan bertuah akan menerima baucar Ashley Home Store berjumlah $1,000 yang akan diumumkan pada 23 April nanti.

    Pemenang yang lain akan menerima Dyson Corrale Straightener, baucar tunai $500 bagi Bajoo Boutique dan baucar tunai $100 bagi Ceramic PRO Car Detailing.

    Manakala itu, orang ramai berpeluang untuk menyertai kempen sebulan itu dengan membuat pembelian minimum di Progresif.

    Pelanggan yang bertukar kepada Progresif dengan membeli Pek Starter Progresif, membeli langganan Progresif Media atau membeli baucar Lifestyle on Progresif Care+ juga layak untuk memasuki cabutan berkenaan.

    Sementara itu, pelanggan-pelanggan Progresif yang sedia ada bagi pelan pasca bayar juga layak memasuki cabutan dengan membuat pembayaran bil, manakala itu, bagi mereka yang mempunyai pelan prabayar hanya perlu tambah nilai untuk mendapatkan satu penyertaan ke dalam cabutan bertuah itu.

    Pelanggan akan menerima satu peluang penyertaan ke dalam cabutan melalui semua transaksi atau saluran pembayaran yang disebutkan dengan terma dan syarat dikenakan.

    Kenyataan menyatakan bahawa terdapat enam pusingan pemenang cabutan bertuah kesemuanya sehingga lewat Mei dan setiap minggu, Progresif akan membawa hadiah-hadiah yang lebih besar dan lebih baik untuk dimenangi tepat pada masanya menjelang Hari Raya.

    Pelanggan berpeluang memenangi hadiah lumayan apabila membuat pembelian minimum di Progresif. – Gambar serahan Progresif

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gempa bumi 6.3 magnitud di Jepun cederakan 8 orang

    TOKYO, 18 APRIL – Lapan orang dilaporkan cedera hari ini selepas gempa bumi berukuran 6.3 magnitud melanda barat daya Jepun, tetapi tiada kerosakan besar...