Wednesday, April 24, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    Progresif buka kedai pop-up di Rimba Point

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 16 OGOS – Sebagai usaha berterusannya dalam menyediakan kemudahan dan akses kepada produk-produknya, Progresif Sdn Bhd telah membuka satu lagi kedai pop-up di Rimba Point, menjadikannya kedai keempat seumpamanya setakat ini.

    Hadir merasmikan pembukaan kedai pop-up itu ialah Ketua Pegawai Eksekutif Progresif, Hajah Nurul Haniah binti Haji Jaafar bersama Penolong Pengurus Pengurusan Rimba Point, Awang Abdul Hadi bin Abdullah.

    Menurut kenyataan Progresif, kedai pop up Rimba Point akan memberi akses kepada pelanggan Progresif untuk membayar bil, menguruskan akaun mereka secara langsung dengan pasukan jualan Progresif, atau membuat pembelian pelan jalur lebar rumah terbaharu, pelan prabayar dan pelan pascabayar.

    Ketua Pasukan Saluran Jualan Alternatif Progresif, Awang Abdul Khaliq bin Idris dipetik berkata, “Memandangkan jenama Progresif terus berkembang dan berinovasi untuk memberi perkhidmatan yang lebih baik kepada pelanggan, kami juga mendengar keluhan pelanggan dan menawarkan pelbagai penyelesaian untuk kemudahan mereka, daripada akses mudah kepada pembayaran bil melalui platform digital kami kepada interaksi secara peribadi dalam suasana yang selesa dan mudah diakses.”

    Baru-baru ini, Progresif memperkenalkan pelan prabayar terbaharu dikenali sebagai YO! Yang membolehkan pelanggan menyesuaikan pelan mereka berdasarkan keperluan dan bajet, tanpa yuran bulanan dan pelbagai pilihan tambah nilai untuk data, Talk N Text dan pek kombo pilihan, semuanya pada harga yang berpatutan.

    Hajah Nurul Haniah bersama-sama memotong reben bagi merasmikan kedai pop-up terbaharu itu. – Gambar serahan Progresif
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Korea Utara hantar delegasi ke Iran

    PYONGYANG, 24 APRIL - Delegasi ekonomi Korea Utara peringkat tinggi sedang dalam perjalanan ke Iran, kata media negara Korea Utara pada hari ini, untuk...