Friday, April 26, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Progresif hentikan pelan 20Mbps

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 2 SEPT – Selaras dengan objektif kebangsaan untuk kesalinghubungan di seluruh negara, Progresif Sdn Bhd kelmarin telah menghentikan secara berperingkat pelan 20Mbps dengan menyediakan peningkatan kepada pelan-pelan 50Mbps dan 100Mbps.

    Ini memberikan kebebasan kepada pelanggan baharu untuk mencuba mana-mana pelan jalur lebar gentian baharu Progresif tanpa komitmen kontrak, menurut syarikat telekomunikasi itu dalam kenyataan yang dikeluarkan, hari ini.

    Dengan peningkatan itu, Progresif juga telah memperkenalkan Pelan WiFi Rumah baharu di mana pelanggan boleh menjangkakan kelajuan WiFi rumah dua kali ganda sehingga 200Mbps pada harga yang jauh lebih rendah dengan diskaun dan ganjaran tersedia pada pelan yang dipilih.

    Pelanggan Wi-Fi Rumah Progresif yang menggunakan data untuk kerja, belajar, penstriman dan permainan kini dapat mengalami peningkatan kelajuan dan data serta diskaun pada kadar mereka sebelum ini.

    Pelanggan yang biasanya menggunakan kelajuan data yang lebih tinggi juga boleh memilih penjimatan besar dengan kelajuan 200Mbps, dengan pilihan 2TB dan 2.5TB, membolehkan pengalaman penstriman yang lancar.

    Di samping jalur lebar gentian Progresif yang lebih pantas, pelanggan kini boleh menikmati kelajuan dunia nyata yang lebih pantas dan liputan lebih luas dengan pakej router WiFi 6 eksklusif percuma untuk pendaftaran baharu.

    Insentif menarik juga akan diberikan kepada 100 pelanggan pertama yang mendaftar, menaik taraf atau berpindah kepada Pelan WiFi Rumah Progresif terpilih.

    Mereka akan diberi baucar penjagaan rumah percuma yang boleh ditebus di vendor tempatan untuk pembersihan rumah, perincian kereta, servis penyaman udara dan banyak lagi.

    Progresif kini menawarkan pelan-pelan 50Mbps dan 100Mpbs pada harga yang menarik. – Gambar serahan Progresif
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...