Progresif lancar pelan WiFi Zoom

BANDAR SERI BEGAWAN, 13 OGOS – Di tengah perintah teranah di rumah dengan kesalinghubungan data sekali lagi menjadi keperluan penting untuk komuniti berfungsi, Progresif telah melancarkan Zoom, Pelan Truly Unlimited Home WiFi untuk seisi keluarga menikmati lebih banyak akses kepada Internet pada harga mampu.

Dalam satu kenyataan yang diterima dari Progresif, pelan jalur lebar tidak terhad itu datang dalam kelajuan 50 Mbps dan 100Mbps, dengan pelanggan diberi pilihan mendapatkan kontrak selama 18 bulan atau pun tanpa kontrak.

Digelar sebagai pelan WiFi Rumah nilai terbaik yang ditawarkan, pelan itu bertujuan memberikan data tanpa had kepada pelanggan pada harga lebih mampu dengan memberikan talian tetap opsyenal percuma dan pemasangan gentian $100 percuma untuk pelanggan baharu atau Port-in yang memilih untuk menandatangani kontrak tersebut.

Memberi komen mengenai pelancaran pelan baharu ini, Ketua Pegawai Komersial dan Digital Progresif, Awang Adi Iskandar bin Haji Basri berkata, “Terdapat ramai isi rumah di seluruh negara yang memerlukan jumlah data yang besar untuk kerja dan pembelajaran dalam talian, maka kami berusaha menyediakan peluang nilai baik untuk kekal berhubung dan menikmati data tidak terhad tanpa mengalami kelajuan terjejas sebaik sahaja kuota tertentu dicapai.”

Pelan WiFi Rumah Zoom baharu ini diperkenalkan berikutan beberapa inisiatif yang telah dilancarkan oleh Progresif baru-baru ini, salah satunya mempunyai potongan harga untuk pembelian tambahan data bagi pelan tersebut.

Progresif telah melancarkan Zoom, Pelan Truly Unlimited Home WiFi untuk seisi keluarga menikmati lebih banyak akses kepada Internet pada harga mampu.