Saturday, December 10, 2022
22 C
Brunei

-

Progresif Media lancar filem pendek

Oleh Nurdiyanah R.

BANDAR SERI BEGAWAN, 6 NOV – Dengan matlamat untuk menyokong pengeluaran penstriman kandungan tempatan, Progresif Media menerbitkan sebuah filem pendek berjudul Thiya’s Case 1 di bawah Progresif Media Original buat kali ketiga, baru-baru ini bersempana ulang tahun penubuhan Progresif Media ke-2.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Progresif Sdn Bhd, hari ini, sejak penubuhannya, Progresif telah menyokong tiga rumah produksi berturut-turut di bawah Progresif Media Original. Hasilnya, Progresif menyumbang kepada pembiayaan dan menjadi pengeluar bersama dengan rumah produksi terpilih.

Progresif Media Original yang pertama, meliputi tiga bahagian siri yang dipanggil Serpihan Masa Lalu, ditayangkan pada 2020 diikuti dengan siri enam episod yang berjudul ‘Kitani’ yang ditayangkan pada tahun lalu.

Manakala filem pendek berjudul Thiya’s Case 1 yang diterbitkan oleh Marhain Entertainment dengan kerjasama Progresif Media, menampilkan sebuah mesej yang menonjolkan perkara yang lazim di dunia hari ini. Filem pendek berkenaan berlatarkan alam semesta yang sedia ada sebagai Intiqam verse, yang berkisar penyiasatan seorang wartawan wanita muda Thiya tentang kebenaran di sebalik kematian adik perempuannya sendiri.

Penulis dan pengarah filem pendek berkenaan yang diilhamkan dari Marvel Cinematic Universe (MCU) mencipta dunia sinematiknya sendiri yang dikenali sebagai Intiqam verse, Awang Akmal Marhain di mana perjalanan penciptaan kandungan beliau yang agak baharu membawanya untuk menerbitkan filem cereka pertamanya berjudul Intiqam, yang mengikuti kehidupan Azlan Amirul, yang selepas menjalani hukuman penjara lima tahun mengetahui bahawa adiknya Rizal telah dibunuh.

Susulan kejayaan Intiqam, Awang Akmal memulakan projek dengan meluaskan dunia Intiqam menerusi pembikinan filem pendek, Zidan pada 2022 dan kemudian Thiya’s Case 1 beberapa bulan kemudiannya. Semua karya Akmal tersedia untuk ditonton di Progresif Media.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif, Progresif Sdn Bhd, Hajah Nurul Haniah binti Haji Mohd Jaafar menyatakan mereka begitu teruja melihat perkembangan industri kreatif di Brunei.

“Kami percaya memperkasa belia Brunei melalui teknologi, inovasi, dan kebebasan kreatif. Kami berharap, sebagai sebuah komuniti, kita boleh terus menggalakkan, memberi inspirasi, dan memperkasakan minda kreatif anak tempatan dengan menyediakan platform untuk mempromosikan kerja mereka melalui Progresif Media, sehingga membolehkan mereka meneruskan minat secara profesional dan menjadikan sesuatu pendapatan yang mampan daripadanya,” tambahnya.

Sehubungan itu kenyataan turut menyatakan bahawa Progresif Media sedang menawarkan promosi kepada semua pelanggan baharu di platform dari sekarang sehingga pertengahan November ini untuk masa yang terhad sahaja.

Bersempena ulang tahun penubuhan Progresif Media ke-2, Progresif Media terus menyokong pengeluaran penstriman kandungan tempatan menerusi sebuah filem pendek berjudul Thiya’s Case 1 di bawah Progresif Media Original buat kali ketiga, baru-baru ini.
- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Australia, mangsa terselamat berang pembebasan Patek

SYDNEY, 8 DIS – Mangsa-mangsa letupan bom Bali 2002 berang hari ini selepas seorang daripada pembuat bom dibebaskan dari penjara Indonesia, hanya selepas menjalani...
- Advertisment -