Progresif menang anugerah terbaik

Oleh Nurdiyanah R.

BANDAR SERI BEGAWAN, 15 NOV – Progresif Sdn Bhd terus mengorak langkah positif setelah menerima anugerah Pengalaman Pekerja Terbaik semasa Anugerah Pengalaman Asia 2021, The Asian Business Review, baru-baru ini.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Progresif Sdn Bhd, penganugerahan berkenaan diberikan sebagai pengiktirafan mempunyai pengalaman pekerja terbaik dalam kalangan syarikat telekomunikasi di seluruh Asia.

Pengiktirafan itu, tambah kenyataan, adalah hasil peralihan paradigmatik jenama dalam proses berkaitan dengan hubungan antara pekerja dan sistem ganjaran.

Kenyataan menjelaskan, Projek Ganjaran STAR Progresif yang mula dilaksanakan Oktober tahun lalu, memberikan sejumlah 15 STARs kepada setiap pekerja Progresif setiap enam bulan, yang boleh digunakan oleh kakitangan untuk memberi ganjaran kepada rakan sekerja bagi prestasi baik dalam beberapa kategori.

Dilaksanakan secara digital, setiap pekerja diberikan kod QR dan nombor ID unik yang membolehkan mereka mengimbas kod rakan sebaya dan sebab-sebab untuk ganjaran.

Mengulas mengenai anugerah itu, Ketua Pegawai Sumber Manusia Progresif, Awang Mohammad Yazdi bin Haji Yahya berkata bahawa inisiatif itu dilancarkan untuk menggalakkan peralihan dari atas ke bawah kepada pengiktirafan 360 darjah yang membolehkan penghargaan dan ganjaran dari semua arah dan peringkat syarikat.

“Sasaran utama kami yang awal adalah untuk menggalakkan pengambilan pekerja, dan antara pusingan pertama dan kedua, kami telah melihat peningkatan ketara dalam kakitangan yang mengiktiraf usaha rakan sekerja mereka.

“Ini telah memberikan kami keyakinan bahawa kakitangan kami menghargai sistem berkenaan dan mempelajari cara baharu untuk mempromosikan pengiktirafan dan penghargaan di seluruh syarikat,” jelasnya.

Kenyataan menyatakan lagi bahawa anugerah daripada Asian Business Review yang berprestij itu datang pada masa yang tepat untuk syarikat dan kakitangannya, yang telah bekerja sepanjang masa dalam tekanan tinggi ketika permintaan untuk data mudah alih dan jalur lebar meningkat di-sebabkan wabak COVID-19.

Awang Mohammad Yazdi menerima anugerah berkenaan bagi pihak Progresif pada majlis penyerahan secara maya. – Gambar serahan Progresif