Saturday, April 20, 2024
30.2 C
Brunei

    -

    Progresif perkasa pencipta kandungan tempatan

    Oleh Nurdiyanah R.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 26 JUN – Dalam matlamat ke arah memperkasakan golongan pencipta kandungan semasa dan masa depan tempatan di Brunei dan pusat kandungan Brunei, Progresif Media kini terus bekerjasama dengan Pihak Berkuasa Industri Teknologi Info-Komunikasi Brunei Darussalam (AITI) bagi program pembuatan filem Pitch and Produce sejak dilancarkan semula pada September tahun lalu.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Progresif Sdn Bhd, hari ini, program itu salah satu usaha terbaik untuk memberikan peluang kepada para pencipta kandungan tempatan untuk menghasilkan dan menerbitkan filem pendek, siri dan kandungan lain untuk disiarkan pada platform OTT (over-the-top) tempatan.

    Sebagai sebahagian daripada inisiatif syarikat, pencipta berpeluang menghasilkan kerja perdana mereka secara eksklusif di Progresif Media sekali gus membenarkan mereka menjana pendapatan melalui skim hasil perkongsian sehingga menyaksikan para pencipta kandungan dibayar untuk setiap penstriman. Menurut Ketua Progresif Media, Olivia Ong, Progresif Media menyediakan platform untuk menyokong pencipta kandungan menerbitkan ringkasan mereka menerusi filem dan siri dalam format audio dan video yang boleh diakses secara global.

    Dalam pusingan program kali kedua pula, sembilan firma produksi telah dipilih untuk menghasilkan kandungan baharu yang tersedia secara eksklusif di Progresif Media dalam masa terdekat ini. Sejak pelancaran program berkenaan, lapan syarikat produksi bebas telah menghasilkan tajuk kandungan baharu masing-masing yang diterbitkan secara eksklusif di Progresif Media.

    Sehubungan itu, orang ramai khususnya para pencinta pencipta kandungan dialu-alukan menyertai program yang kini dibukakan bagi pusingan ketiga dengan tarikh akhir penyertaan pada 14 Julai nanti. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai program itu bolehlah melayari https://bruneicontentfestival.com/.

    Karya Operation Hantu dianugerahkan sebagai komedi terbaik dalam program pembuatan filem Pitch and Produce yang diketengahkan oleh Progresif Media dengan kerjasama dengan AITI. – Gambar serahan Progresif
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...