Saturday, January 18, 2025
24.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Progresif perkenal sampul Raya kreatif

    BANDAR SERI BEGAWAN, 20 Jun – Bagi memeriahkan lagi sambutan Hari Raya pada tahun ini, Progresif Cellular telah bekerjasama dengan pelukis kreatif tempatan untuk menghasilkan sampul Hari Raya istimewa bagi musim perayaan ini.

    Menurut kenyataan Progresif, ia dihasilkan dengan kerjasama daripada Aizzah Hanis, Osveanne Osman, Khairul Ibrahim, Amalina Abu Bakar dan Hairol Khan bagi mereka bentuk sampul dengan memberikan tumpuan khusus ke atas pemuliharaan alam sekitar, yang bercirikan tema alam sekitar dan menyampaikan mesej tertentu sempena perayaan ini.

    Sementara itu, Ketua Pegawai Pemasaran Progresif, Devin Edwards mengatakan syarikat berkenaan berbangga dapat membawakan sampul Hari Raya kepada orang ramai dengan bertemakan alam sekitar pada kerjasama buat kali ketiga bersama para artis tempatan bagi perayaan kali ini.

    Reka bentuk kreatif sampul Hari Raya Progresif yang dihasilkan dengan kerjasama artis-artis tempatan.

    “Kami bersemangat untuk memelihara alam sekitar dan menganggapnya sebagai salah satu kejayaan utama bagi negara ini yang dianugerahkan dengan kekayaan alam sekitar dengan kepelbagaian biologi. Memandangkan negara ini terus membangunkan ekonominya, kami berasa gembira kerana dapat memainkan peranan dalam menyumbang kepada kemajuan menerusi sokongan secara berterusan bagi inisiatif berkaitan alam sekitar,” kata Devin Edwards.

    Tambahnya lagi, kolaborasi Progresif bersama artis tempatan akan dapat membantu meningkatkan bakat dan merangsang pertumbuhan kreatif tempatan agar dapat menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi tempatan dengan lebih baik.

    Progresif menyatakan bahawa sampul-sampul Hari Raya berkenaan boleh didapati di cawangan-cawangan Progresif.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda