Friday, April 26, 2024
24.5 C
Brunei

    -

    Progresif sumbang bas sokong usaha PBSM

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 3 APRIL – Sebagai sebahagian daripada usaha kerjasama untuk mempamerkan perpaduan kebangsaan dan sokongan kepada Kementerian Kesihatan semasa endemik ini, Progresif bekerjasama dengan Takaful Brunei Sdn Bhd dan GHK Motors Sdn Bhd bagi menyokong Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM) Brunei Darussalam.

    Semasa kemuncak kes di Brunei, terdapat keperluan besar untuk mengangkut pesakit, sukarelawan dan logistik lain, oleh itu, Progresif merasakan bas akan menjadi sumba-
    ngan yang besar kepada usaha itu.

    Sementara itu, Takaful Brunei menyediakan perlindungan insurans dan GHK Motors Sdn Bhd menyediakan semua penyelenggaraan serta servis bagi bas yang tidak digunakan.

    Menurut kenyataan daripada Progresif, bas yang disumbangkan itu akan berfungsi sebagai perkhidmatan pengangkutan kecemasan bukan perubatan yang disediakan untuk warga emas, keluarga kurang berkemampuan, orang kelainan upaya, pekerja asing dan orang awam yang terjejas oleh COVID-19.

    Majlis penyerahan telah diadakan di Ibu Pejabat Progresif pada 1 April lalu di mana hadir bagi menerima bas tersebut ialah Presiden PBSM, Haji Mohd Suhaimi bin Haji Ibrahim; Timbalan Presiden Dasar dan Kewangan PBSM, Pengiran Dato Paduka Haji Mohd Yussof bin Pengiran Haji Bahar dan Setiausaha Agung PBSM, Sheikh Kadir Abdullah.

    Hajah Nurul Haniah bergambar ramai bersama Awang Mohd Denny Azriman dan Au Thien Kiong serta wakil PBSM Brunei Darussalam pada majlis penyerahan bas berkenaan. – Gambar serahan Progresif

    Hadir untuk menyaksikan majlis tersebut ialah Eksekutif Profesional Pemasaran Korporat, Takaful Brunei, Awang Mohd Denny Azriman bin Haji Madni dan Pengurus Besar GHK Motors Sdn Bhd, Au Thien Kiong.

    Ketua Pegawai Eksekutif Progresif, Hajah Nurul Haniah dipetik berkata, syarikat itu telah membantu negara dengan menderma sebuah bas kepada PBSM sebagai sebahagian daripada program tanggungjawab sosial korporat (CSR). 

    Kerjasama itu membuat usaha bersepadu untuk menyokong pekerja barisan hadapan dan Kementerian Kesihatan yang telah memainkan peranan penting pada masa ini.

    Dalam majlis tersebut, Haji Mohd Suhaimi telah menyampaikan Anugerah Rakan PBSM kepada Hajah Nurul Haniah sebagai mengiktiraf sumbangan Progresif.

    Anugerah itu diberikan kepada penderma dan penyumbang terpilih kepada usaha kemanusiaan persatuan kebangsaan di Negara Brunei Darussalam.

    Anugerah itu turut diiktiraf oleh Persekutuan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah Antarabangsa.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...