Friday, April 19, 2024
31.4 C
Brunei

    -

    Progresif tampil ekosistem celik teknologi di MYCE

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 10 JUN – Progresif Sdn Bhd mempamerkan ekosistem yang celik teknologi bagi penyelesaian kesalinghubungan Progresif sambil mengetengahkan ketangkasannya mengurus pengalaman pelanggan melalui pusat panggilannya, Enterprise Solutions, Progresif CARE+ dan Progresif Media semasa Minggu Teknologi Digital di Pameran dan Persidangan Pertahanan Tahun Brunei 2022 (Brunei MYCE 2022) yang berlangsung di Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas.

    Progresif telah mengetengahkan tawaran teknologinya kepada Menteri Sumber-sumber Utama dan Pelancongan, Yang Berhormat Dato Seri Paduka Dr Haji Abdul Manaf bin Haji Metussin; Menteri Pengangkutan dan Infokomunikasi, Yang Berhormat Pengiran
    Shamhary bin Pengiran Dato Paduka Haji Mustapha serta Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Haji Nazmi bin Haji Mohamad pada majlis perasmian Minggu Teknologi Digital, baru-baru ini.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Progresif, di sini, semasa pameran itu, ejen-ejen Pusat Panggilan Progresif mendemonstrasikan ketangkasan dengan memanfaatkan teknologi yang membolehkan para ejen menjadi fleksibel serta melayani klien menerusi titik sentuh yang berbeza di mana saja mereka berada.

    Daripada kesalinghubungan kepada kreativiti, Progresif juga mengetengahkan Care+ dan Progresif Media semasa pameran itu.

    Manakala itu, pada Persidangan Digital Technology-Towards a Transformed New Normal, Ketua Pegawai Digital dan Komersial Progresif, Awang Adi Iskandar bin Haji Basri menyampaikan topik Stop Ideating, Start Progressing, di mana beliau mengongsi peranan Progresif dalam ekonomi baharu, menerangkan sistem pengewangan dua langkah bagi pencipta perisian dan bagaimana Progresif dapat menyokong usahawan menerusi Progresif Media dan Progresif Care+.

    Sebagai sebahagian daripada Brunei MYCE 2022, Progresif juga menyediakan tawaran eksklusif bagi perniagaan di Brunei bagi iklan Progresif Radio dan peluang untuk menjadi sebahagian daripada pangkalan saudagar Progresif Care+. Orang ramai juga boleh merebut potongan 50 peratus langganan media suku tahunan eksklusif di petak pameran mereka.

    Yang Berhormat Menteri Sumber-sumber Utama dan Pelancongan dan Yang Berhormat Menteri Pengangkutan dan Infokomunikasi mengunjungi petak pameran Progresif pada Majlis Perasmian Minggu Teknologi Digital di Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas, baru-baru ini.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...