Saturday, April 20, 2024
24.7 C
Brunei

    -

    Progresif tawar penyelesaian PTT untuk pelanggan

    Oleh Syahmi Hassan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 30 NOV – Progresif menjalin kerjasama dengan Folec Communications (B) Sdn Bhd untuk menyediakan perkhidmatan Push-To-Talk (PTT) kepada pengguna Progresif, yang telah diumumkan awal bulan ini.

    Progresif dalam kenyataan yang dikeluarkan menjelaskan bahawa matlamat perkongsian itu adalah untuk memperkenalkan penyelesaian PTT Progresif yang baharu dengan ciri peringkat tinggi peranti PTT dan menawarkan pilihan mampu milik untuk pelanggannya.
    Penyelesaian PTT menawarkan peranti radio berteknologi tinggi yang akan menggantikan walkie-talkie yang sudah tua dengan menggunakan rangkaian mesin-ke-mesin (M2M) Progresif yang canggih dan radio pegang Inrico yang dibekalkan oleh Folec Communications.

    Peranti tersebut mematuhi piawaian kesihatan, keselamatan dan alam sekitar (HSE) tertinggi dan boleh dikonfigurasikan untuk berkomunikasi dan memantau operasi antara individu atau kumpulan dengan sifat penjejakan geo, audio yang jelas, sambungan lancar dan hayat bateri yang panjang.

    Apa jua jenis acara kini boleh berkomunikasi dan menjejaki satu sama lain secara lancar, dan lebih penting ialah fungsi-fungsi tersebut boleh diakses tanpa sebarang kos tambahan
    atau tersembunyi.

    Untuk pelanggan korporat Progresif, perkhidmatan berkenaan akan ditawarkan sebagai pelan bundle peranti dengan ansuran bulanan yang lebih rendah untuk kontrak setahun atau dua tahun.

    Progresif dan Folec Communications (B) telah menandatangani perjanjian untuk menyediakan perkhidmatan PTT kepada pengguna Progresif. – Gambar serahan Progresif
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...