Tuesday, April 23, 2024
28.9 C
Brunei

    -

    Progresif tawar perkhidmatan NordVPN

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 7 MAC – Dalam usaha menangani peningkatan kes pelanggaran keselamatan dan bagi melayan pelanggan mereka dengan lebih baik, Progresif Sdn Bhd mengumumkan kerjasama eksklusif baharu bersama NordVPN, yang dikenali antarabangsa sebagai salah satu perkhidmatan VPN terpantas di pasaran.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Progresif, di sini, sebagai sebahagian daripada kerjasama itu, Progresif akan menawarkan NordVPN sebagai sebuah produk bundle baharu melalui aplikasi Progresif Care+, kedai dalam talian dan juga kedai-kedai fizikal mereka.

    Ketua Pegawai Eksekutif Progresif, Hajah Nurul Haniah binti Haji Jaafar menyatakan perasaan teruja untuk mengumumkan kerjasama eksklusif mereka dengan NordVPN untuk memberikan penyelesaian privasi dan keselamatan terbaik bagi pelanggan-pelanggan mereka.

    Tambahnya, kerjasama itu merupakan langkah menarik dalam perjalanan mereka untuk memperkasakan para pelanggan dengan peralatan yang diperlukan untuk berkembang maju pada zaman digital sambil mengekalkan privasi serta keselamatan mereka sepanjang masa.

    NordVPN dikenali sebagai antara pembekal perkhidmatan VPN terpantas di serata dunia dengan menyediakan ciri-ciri privasi dan keselamatan yang canggih. Teknologi NordVPN mengekodkan semua trafik internet dan menyediakan hubungan yang selamat.

    Di samping itu, ia juga mempunyai ciri pemantauan Dark Web yang mengimbas laman-laman sesawang gelap bagi sebarang maklumat peribadi yang mungkin bocor dan menyediakan satu lagi lapisan perlindungan tambahan.

    Pada masa yang sama, NordVPN juga mempunyai ciri Threat Protection, yang menghalang iklan, penjejak serta laman-laman sesawang berniat jahat.

    Dengan kerjasama baharu itu, NordVPN kini dapat dilanggan di Progresif Care+ dan pelanggan Progresif yang menggabungkan NordVPN bersama dengan pelan Home Fibre atau dengan pelan MORE boleh mendapatkan manfaat harga istimewa dengan kontrak 12 bulan.

    Pelanggan yang melanggan pelan bundle Progresif Fibre dan pelan MORE akan menerima perkhidmatan NordVPN percuma bagi satu tahun bersama dengan baucar-baucar hadiah percuma kepada platform penstriman pilihan mereka di mana tawaran bermula hari ini sementara stok masih ada.

    Pengurus Produk, Izzan Zakaria dipetik menyatakan bahawa bukan sahaja perkhidmatan VPN serasi dengan kebanyakan peranti tetapi pengguna juga dapat menggunakan VPN sehingga enam peranti secara serentak supaya mereka sentiasa dapat melindungi aktiviti atas talian mereka.

    Di samping itu, dengan ciri Meshnet, jelasnya, para pemain permainan video boleh menghoskan dan menyertai kumpulan LAN maya dari mana sahaja di seluruh dunia.

    Progresif telah bekerjasama dengan NordVPN, yang dikenali sebagai salah satu perkhidmatan VPN terpantas di pasaran. – Gambar serahan Progresif
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sekumpulan gempa bumi gegarkan Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Sekumpulan gempa bumi melanda Taiwan pada awal hari ini, yang paling kuat mempunyai magnitud 6.1, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat...