Sunday, April 21, 2024
25 C
Brunei

    -

    Progresif tawar promosi eksklusif

    Oleh Nurdiyanah R.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 26 SEPT – Progresif kini menawarkan promosi eksklusif dengan pelbagai pilihan himpunan bundle yang lebih menarik disertai diskaun lebih hebat kepada para pelanggan di negara ini menerusi Progresif Fibre Plan.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Progresif, hari ini, pelanggan Progresif Home WiFi mempunyai pilihan untuk mendaftar pelan mereka dengan atau tanpa kontrak untuk menikmati pelan Home WiFi lebih besar, lebih baik dan lebih pantas.

    Dalam pada itu, pelanggan boleh memilih himpunan peranti bersama-sama sistem jaringan WiFi 6 yang hebat untuk mendapatkan liputan WiFi terbaik serta tawaran TV bundle tanpa bayaran pendahuluan untuk kontrak 12 bulan.

    Oleh itu, bagi pelanggan Progresif Home WiFi yang menggunakan data yang lebih besar pada kelajuan super 50 Mbps, 100 Mbps dan 200 Mbps kini boleh mendapat manfaat daripada penstriman atau permainan pada harga diskaun mengikut pelan peringkat yang dipilih.

    Dianggap sebagai pelan nilai terbaik yang diketengahkan Progresif, pelanggan boleh memilih kelajuan 50 Mbps untuk 250 GB atau dapatkan data yang tidak terhad.

    Untuk kelajuan 100 Mbps, pelanggan mempunyai pilihan untuk mendapatkan 1 TB, 1.5 TB atau bagi penjimatan yang besar, ZOOM Unlimited. Semua harga tidak termasuk bayaran talian tetap.

    Pelanggan dengan penggunaan data yang tinggi juga boleh memilih 200 Mbps dan 2 TB membolehkan pengalaman penstriman yang lancar.

    Kenyataan menyatakan promosi terbaharu untuk Fibre Broadband Plan turut ditawarkan dengan insentif menarik bagi pelanggan. Para pelanggan kini boleh menggabungkan Progresif Fibre Plan mereka dengan peranti tanpa bayaran pendahuluan untuk kontrak 12 bulan.

    Peranti yang ditawarkan sebagai sebahagian daripada promosi meliputi TP-Link Archer AX50 AX3000 dan Mi Mesh System AX3000; TP-Link Deco X20 AX1800 dan Mi Router AX9000; serta Mi 32” P1 Android TV.

    Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai pelan promosi berkenaan, para pelanggan boleh melayari laman web Instagram atau melayari laman Facebook Progresif.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...