Progresif terbitkan edisi keenam majalah

BANDAR SERI BEGAWAN, 30 Jun – Progresif Cellular, hari ini, mengumumkan bahawa mereka telah mengeluarkan terbitan keenam majalah suku tahunan mereka.

Terbitan kali ini mengetengahkan tema Islamik dengan artikel-artikel mengenai memanfaatkan potensi sebenar seseorang dan menjalani kehidupan progresif dengan beberapa cerita mengenai individu progresif yang membuat perbezaan dalam komuniti.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan, Progresif sekali lagi bekerjasama dengan jurugambar, artis dan penulis-penulis tempatan termasuk psikologi berkelayakan yang menulis artikel mengenai ‘Unlimited Self’.

Majalah tersebut mengandungi liputan eksklusif mengenai empat tonggak sokongan masyarakat Progresif, menampilkan cerita-cerita mengenai pendidikan, keusahawanan, seni dan kebudayaan serta alam sekitar.

Pada masa yang sama, majalah itu melihat trend-trend teknologi global dan kemajuan-kemajuan saintifik dengan artikel-artikel mengenai realiti maya (VR) dan realiti bertambah (AR), yang bakal mendefinisikan semula cara manusia berinteraksi dan berkomunikasi.

Kenyataan menambah, majalah tersebut juga memaparkan kemas kini mengenai ibu pejabat baru Progresif, yang sedang dibentuk menjadi hab kebudayaan dan keusahawanan menerusi StartUp Lab dan dewan bankuet komuniti yang dibuka bagi sewaan. Para pembaca juga boleh mendapatkan maklumat terkini mengenai telefon bimbit, produk dan promosi-promosi seperti pelan-pelan tanpa had dan jalur lebar mudah alih baru.

Ketua Pegawai Pemasaran Progresif, Devin Edwards dipetik sebagai berkata bahawa majalah itu terus menarik maklum balas positif daripada pembaca yang ingin mengetahui mengenai pembangunan-pembangunan progresif di Brunei.

“Brunei dipenuhi dengan orang yang bercita-cita tinggi dan penuh semangat untuk membawa idea-idea hebat menjadi nyata, untuk terus memperbaiki komuniti-komuniti mereka serta mendorong pembangunan di negara ini.

“Misi majalah kami adalah untuk mencari dan membantu mempromosikan semua yang progresif mengenai Brunei, dan biasanya di luar, dengan harapan kami dapat membantu meningkatkan kesedaran, sokongan dan paling penting, mengaspirasikan generasi akan datang mengenai progresif untuk mengambil tindakan dan menggunakan minat dalam cara yang menjana inovasi dan pembangunan,” tambahnya.

Beliau seterusnya berkata, “setiap terbitan majalah ini telah membantu menjana lebih banyak idea bagi terbitan-terbitan akan datang. Kami gembira untuk mengatakan bahawa ini adalah terbitan bertema Islamik pertama dan kami rasa ia adalah terbitan terbaik kami setakat ini.”

Para pembaca digalakkan untuk memberikan maklum balas menerusi saluran-saluran media sosial dan berkongsi pandangan mereka mengenai apa yang mereka ingin lihat dalam terbitan-terbitan akan datang.

Majalah Progresif boleh didapati di kedai-kedai Progresif terdekat dan akan boleh dimuat turun di laman sesawang syarikat itu awal bulan depan.