Wednesday, October 9, 2024
24.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Progresif terus komited

    BANDAR SERI BEGAWAN, 2 Feb – Progresif Cellular Sdn Bhd telah mengumumkan komitmennya untuk membantu menyokong wawasan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam bagi membangunkan Brunei menjadi salah sebuah negara paling maju di dunia.

    Sokongan berkenaan akan dilakukan menerusi strategi tanggungjawab sosial korporatnya yang akan menyaksikan syarikat berkenaan melabur dalam bidang pendidikan, seni dan budaya, alam sekitar dan keusahawanan, Progresif mengumumkan dalam kenyataan yang dikeluarkannya, hari ini.

    Menurut Progresif, langkah untuk menguntukkan sumber-sumber ke atas empat tunggak berkenaan adalah sebahagian daripada rancangannya untuk menyokong matlamat Kebawah Duli Yang Maha Mulia bagi rakyat berpendidikan tinggi, ekonomi mapan dan kehidupan berkualiti yang merupakan antara negara teratas di dunia, seperti yang digambarkan dalam Wawasan Brunei 2035.

    Dalam dunia yang semakin kompetitif dan berasaskan pengetahuan, Progresif akan menguntukkan sumber-sumber dan inovasi untuk membantu mempersiapkan pelajar-pelajar Brunei untuk bersaing dan menyumbang pada peringkat paling tinggi.

    Ketua Pegawai Pemasaran Progresif, Devin Edwards (dua, kiri), Tsara Nawwarah Abdullah Chen, Nabeela Fadzil (pengendali media sosial bagi lipstickmyname) dan Azhani Daniel (pengendali media sosial bagi emmagoodegg).
    Ketua Pegawai Pemasaran Progresif, Devin Edwards (dua, kiri), Tsara Nawwarah Abdullah Chen, Nabeela Fadzil (pengendali media sosial bagi lipstickmyname) dan Azhani Daniel (pengendali media
    sosial bagi emmagoodegg).

    Dalam bidang seni dan budaya, dengan kerjasama bakat-bakat muda dan baru dari seluruh negara, Progresif bekerjasama dengan pelbagai komuniti di Brunei untuk merangsang, menyokong dan berkongsi kreativiti yang akan mengajar dan memberi inspirasi kepada semua.

    Menerusi tonggak alam sekitar, Progresif komited kepada polisi-polisi dan amalan yang memastikan pemuliharaan betul habitat semula jadi alam sekitar dan kebudayaan serta yang akan memberikan pengawasan kesihatan, keselamatan dan alam sekitar peringkat tinggi.

    Dalam bidang keusahawanan, Progresif pada prinsipnya telah mencapai kejayaan dari segi inovasi, kreativiti dan kerjasama yang menjana semangat keusahawanan. Oleh itu, syarikat berkenaan memahami impak pembangunan perniagaan tempatan ke atas Brunei dan mempunyai pemimpin komited, pengetahuan dan sumber-sumber untuk membantu usahawan-usahawan untuk mencapai impian mereka.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda