Sunday, February 16, 2025
30.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Progresif tidak ketinggalan adakan pejabat terbuka

    Oleh Sim Y. H.

     

    BANDAR SERI BEGAWAN, 21 Julai – Sambutan Hari Raya Aidilfitri terus diraikan dengan penuh meriah di mana Progresif Cellular Sdn Bhd tidak ketinggalan untuk mengadakan Majlis Hari Raya Pejabat Terbuka Progresif yang berlangsung di Tarindak D’Seni, di sini, hari ini.

    Hadir untuk mengalu-alukan para tetamu di majlis berkenaan ialah Ketua Pegawai Eksekutif Progresif, Paul Taylor bersama-sama pihak pengurusan serta kakitangan Progresif.

    Majlis pejabat terbuka itu menyaksikan kira-kira 500 orang klien, rakan kongsi dan pihak yang berkepentingan sama-sama meraikan sambutan berkenaan sambil mengeratkan lagi hubungan persahabatan dan menjalinkan hubungan rangkaian kerjasama dengan rakan-rakan kongsi yang baru.

    Paul Taylor bergambar ramai dengan kakitangan Progresif semasa Majlis Hari Raya Pejabat Terbuka Progresif.
    Paul Taylor bergambar ramai dengan kakitangan Progresif semasa Majlis Hari Raya Pejabat Terbuka Progresif.
    Antara yang hadir pada majlis itu.
    Antara yang hadir pada majlis itu.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda