THE HAGUE, Netherlands, 18 Okt – Lithium Werks B.V, syarikat simpanan tenaga dan bateri bersama Perbadanan Zon Pembangunan Ekonomi dan Teknologi China telah menandatangani perjanjian awal untuk membina kilang bateri sebesar 60 hektar di Delta sungai Yangtze. Keseluruhan pelaburan yang diperlukan dianggarkan sebanyak 1.6 bilion euro.
Kilang Lithium Werks dan kemudahan berkaitan akan menghasilkan sel bateri untuk bateri ion litium yang bakal memudahkan peralihan daripada bahan api fosil kepada tenaga bersih untuk mengurangkan pengeluaran CO2.
Lithium Werks menjangka akan mencapai kapasiti pengeluaran 500 jam gigawatt setahun menjelang 2030 untuk menyumbang ke arah dunia neutral karbon.
“Kami akan terus berkembang secara organik dan menerusi pemerolehan, di samping itu dengan bantuan rakan kongsi, kami akan memberikan produk simpanan tenaga mengikut permintaan yang semakin meningkat pada masa dunia beralih ke tenaga bersih,” kata Koolen.
“Kita memerlukan simpanan tenaga yang mapan, bersih, boleh diharap dan selamat. Bateri adalah elemen penting dalam proses peralihan tenaga. Bateri membolehkan kita menyimpan tenaga angin dan suria supaya boleh digunakan pada bila-bila masa ,” kata Kees Koolen, pengerusi lembaga Lithium Werks. – Bernama